Sunday, April 11, 2010

Hakikat bahagia

Sebuah nasyid yang sering menyentuh jiwa saya apabila terasa kosong..
liriknya mengingatkan saya kembali,bahawa hanya dengan mengingati ALLAH, hati ini akan menjadi tenang..
Selalu saya mainkan nasyid ini apabila hati ini tidak tenteram..

HAKIKAT BAHAGIA-UNIC

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
___________________________________________________________________
Ya Allah,kurniakan lah sifat redha ke dalam jiwa kami.
Ya Allah,kurniakan kepada kami ketenangan dengan mengingatiMu.
Ya Allah,janganlah Kau menjadikan dunia ini lebih besar kepentingannya dari akhirat buat kami.
Ya Allah,kurniakan kami kekuatan untuk menempuh segala ujian dariMu.
Ya Allah,jadikanlah hati Kami khusyuk beribadah dan mencintaiMu sepenuh rasa kehambaan.
Ya Allah,sesungguhnya kami milikMu.hambaMu.
Janganlah Kau membiarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walau sesaat,walau kurang dari itu.
Kami memerlukan Mu,Ya Allah..

"Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.."13:28

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan beri kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)

Saturday, April 10, 2010

satu maghrib yang hening..

pda satu hari..di satu minggu..di satu maghrib..sy berjalan pulang dari satu tempat..melalui syari3 jami3ah..menuju ke sakan bait attolabah..melepasi mat'am demi mat'am, kedai demi kedai..dan tiba2 azan dilaungkan. Menandakan waktu maghrib. Saya lihat semua orang seolah2 tidak mendengar laungan azan tersebut,masing2 meneruskan hal masing2.Pembuat syawarma terus memotong ayam untuk membuat syawarma.Pelanggan mat'am masih makan seperti biasa.Penjaga kaunter terus mengira wang.Waiter terus menghantar makanan.

Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah. "Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?." Rasulullah balik bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?" Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya." Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah."
(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Muncul satu rasa dalam diri.Satu keinginan yang kuat.Satu kerinduan yang hebat.Tertanya2 bagaimanakah suasana kehidupan ketika zaman Rasulullah dan sahabat ketika dahulu.Bagaimanakah Rasullullah dan sahabat ketika Bilal bin Rabah melaungkan azan? Adakah mereka terus sahaja meneruskan hal2 dunia yang tidak akan pernah ada penghujungnya?

"Apabila kamu sudah menunaikan solat, ingatlah ALLAH dalam qiammu,dalam dudukmu,dan dalam pembaringanmu, dan apabila kamu sudah merasa aman maka tunaikanlah solat seperti biasa,sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkan masanya untuk orang2 beriman" (Surah Ali imran:103)

Minda saya melakar sesuatu,sebuah lakaran yang diidamkan. Saya terbayang, betapa indah kalaulah apabila saja terdengar laungan azan,maka semua pekerja kedai, pelanggan,orang biasa dan juga sesiapa sahaja terutamanya muslimin meninggalkan semua pekerjaan mereka,kemudian terus ke masjid untuk solat.Semua kedai dan mat'am ditutup,bagi memberi peluang kepada semua orang meninggalkan urusan dunia sebentar bagi menghadap ALLAH. Bukan nya lama,cuma sebentar.Lebih indah begitu.

Dari Abi Hurairah RA bahwa
Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Seandainya manusia mengetahui keutamaan apa yang terdapat pada azan dan shaf yang pertama,kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara saling undi untuk memperebutkannya niscaya mereka pasti mengadakan undian, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang terdapat padanya niscaya merekaberlomba-lomba untuk mendapatkannya, dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat dalam shalat isya’ dan subuh niscaya mereka pasti mendatanginya sekalipun dengan cara merangkak”.

Terlalu ideal kah lakaran ini?tidak.Ia tidak mustahil.Jikalau kita masih menyedari bahawa dunia ini adalah ladang untuk akhirat,pasti semua orang akan berlumba2 untuk melakukan segala apa yang disuruh ALLAH secepat mungkin,dan meninggalkan sejauh mungkin segala larangan ALLAH.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah pada saat tak ada lagi perlindungan selain perlindungan-Nya, iaitu :
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah s.w.t.
3. SEORANG YANG HATINYA TERIKAT DENGAN MASJID
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bersatu dan berpisah kerana-Nya.
5. Seorang yang apabila dibujuk (untuk berbuat dosa) oleh wanita cantik dan mempunyai kedudukan, maka orang itu berkata, 'saya takut kepada Allah.'
6. Seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.
7. Dan seorang yang mengingati Allah di tempat yang sepi sampai ia mencucurkan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indah jika masjid2 dibanjiri oleh kaum muslimin terutamanya,sehingga tidak cukup ruang yang ada.Indah,sungguh.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Tapi menyedari diri ini juga infiniti khilafnya, jadi diri ini perlu dibetulkan terlebih dahulu.