Friday, July 15, 2011

Ajal

ABBASIAH, 14 Julai - Satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin telah diadakan di dewan besar Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bagi mahasiswi perubatan tahun dua Universiti Kaherah, Fatin Fasihah binti Hanafi yang dimasukkan ke hospital pada 11 Julai yang lalu dengan cardiac arrest dan pendarahan otak (cerebral hemorrhage).

Beliau sekarang sedang dirawat di Cardiac Care Unit (CCU) Hospital Kasr el-Ainy dan dilaporkan koma dan dalam keadaan yang sangat kritikal.

"Pakar neurology di hospital memaklumkan pendarahan tersebut berlaku di kawasan otak yang paling sensitif," beritahuEncik Hazam bin Hajanan, Setiausaha Pertama JPA dalam ucapannya pada majlis tersebut. Beliau menambah bahawa perkara ini menyulitkan lagi pembedahan di samping keadaan Fatin Fasihah yang sedia lemah sekarang.

"Kami dari pimpinan PERUBATAN mendoakan agar Fatin Fasihah diberi kesihatan yang baik dan moga-moga Allah memudahkan keadaan beliau," ulas Exco Biro Penerangan dan Penerbitan PERUBATAN, Saudara Muhammad Ridzuan bin Mohd Nor.

"Hari ini, Allah menduganya, selepas ini siapa tahu, mungkin kita pula akan diduga oleh Allah. Kami juga menyeru agar semua ahliPERUBATAN mendoakan supaya Allah memberi kesihatan yang baik kepada saudari Fatin Fasihah."

Majlis yang sama turut diadakan di Rumah Kelantan pada malam tersebut.

*******

Sumber:

http://perubatan.org/v3/peristiwa/142-induk/1508-mahasiswi-kritikal-di-ccu

Tergamam saya membaca berita ini. Fatin Fasihah, sahabat sekelas di Kisas dahulu,seterusnya ke intec bersama,dan dia ke Mesir,manakala saya ke Jordan.

Sedikit demi sedikit saya belajar untuk lebih sedarkan diri bahawa ajal akan tiba pada masa yang entah bila. Tidak disangka-sangka. Allah.

Mudah-mudahan dia selamat dan kembali pulih.

Entah sebentar lagi masa saya pula untuk menghadapNya. Selamba sahaja berkata,sedangkan persediaan tak tahu ke mana.


2 comments:


  1. My sweet friend, I translated your blog, very nice and interesting you site.
    When you want to take refuge in good ballads of yesterday, today and forever

    in all languages and genres I invite you to visit my blog and listen me.
    From this Saturday July 16th I pay tribute to Arab culture , Middle East songs,in

    Arabic lenguage.
    I am a broadcaster of Argentina.
    Best regards from Rosario-Argentina
    Albert.

    ReplyDelete
  2. dia dh sdr dri koma lom

    ReplyDelete