Sunday, November 21, 2010

stop.

kali kedua deactivate facebook.
rasa2 nya facebook dah terlalu banyak ambil masa saya dalam sehari.

apa nak jadi?
masa yang sepatutnya guna untuk belajar,bukak fb.
masa yang sepatutnya baca quran,dah jd kurang sebab bukak fb.
masa yang sepatutnya tidur awal waktu malam untuk bangun qiamullail, tapi tidur lewat dan tak terbangun qiamullail sebab bukak fb.
masa yang sepatutnya solat sunat banyak sikit,tp gantikan dengan fb.
masa yang sepatutnya keluar ziarah orang,tp terperap je kat umah,rasa lagi best bukak fb.
masa yang sepatutnya pergi majlis ilmu,tp malas n balik umah bukak fb.
masa yang sepatutnya banyakkan istighfar,istighfar kejap padahal dosa tak terkira,pastu bukak fb.
masa yang sepatutnya banyak ingat mati,bila bukak fb jumpa lah satu dua artikel bermanfaat pasal mati lepas tu insaf kejap,pastu terus lupa tak ingat mati.
masa yang sepatutnya muhasabah diri,bukak fb terlupa terus muhasabah ke ape ke,siap pergi stalk orang.
masa yang sepatutnya baca kitab2 agama,tafaqquh fi din, pergi bukak fb lagi.
masa yang sepatutnya pergi solat awal,alah pe salahnye lewat sikit,nak tgok fb jap.
lagi dasyat kalau terlepas solat subuh sebab tidur lewat duk bukak fb or tengok movie.
sekian.
perkara2 di atas mungkin sahaja berlaku.atau dah berlaku? tanya iman kalian.

ini satu perkara yang sangat menyedihkan.
tak lama lagi ajal dah nak tiba.tapi selalu membazir masa ingat dunia,tak ingat akhirat.

Allah berfirman:
"demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman,dan beramal soleh dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran".

surah apa?korang pun tahu. surah al-'asr.

jadi,melihatkan terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku jika saya terus begini, saya deactivate dahulu lah facebook ni.
bimbang juga kalau agenda yahudi dan orang2 kafir lain berjaya meracuni saya.bukan setakat
jadi tak produktif,malahan jauh dari Allah juga.na'udzubillah.

tapi kalian yang berjaya gunakan fb ni sbgai medan dakwah,berkongsi ilmu dan sebagainya, teruskan lah.
saya rasa rugi juga dalam bab tu bila deactivate fb, tp bila kira2 semula berapa banyak sgt yg sy guna untuk perkara2 itu berbanding perkara2 tak bermanfaat lain?
tanya lah iman sendiri.

bimbang juga kalau tengah2 bukak fb tengok2 profile orang lain comment2 kat wall orang tengok2 gambar orang,tiba2 malaikatul maut datang menjemput. husnul khatimah tak agak-agaknya ek?

kalau nak tanya khabar iman kita, tak lari dari beberapa perkara,
"solat malam makin selalu ke tak?"
"quran banyak tak baca?"
"makin selalu sedeqah ke makin kurang?"
"selalu ingat Allah ke makin lalai?"

walaupun ini perkara2 zahir,tapi jangan nafikan hanya orang2 yang imannya 'sihat' sahaja kuat untuk melaksanakannya.

selain tu,
"banyak ke cakap pasal orang a.k.a mengumpat orang sekarang ni?"
"lately,dengki tak bila tengok orang lain lbih sikit dari kita?"
"susah tak nak berlapang dada?"
"selalu tak buat benda2 lagha?(bila buat tu tau tak lagha,tau salah tapi tak berhenti juga?")

walaupun ini perkara2 'biasa',tapi jangan nafikan hanya orang2 yang imannya 'sihat' sahaja kuat untuk menjauhinya.

moga Allah beri kita peringatan bila kita dah terlalai.Bimbang juga kalau terlalai terus tanpa sedar yang kita ni dah jauh sebenarnya dari Allah.

wallahua3lam.
irbid,jordan.
22 Nov 2010.
8.13 a.m.

Saturday, November 20, 2010

Tolonglah jangan.Jangan mengeluh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah satu ketika dulu.
Latar:Kisas
A:B,borang DQ da keluar la.jom la isi.
B:Jom la,at least nanti takde la membazir masa lepas SPM.
B lalu mengisi borang dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah, lalu dipanggil untuk interview.Sekolahnya menghantar lebih kurang satu bas pelajar ke interview DQ ketika itu.

Latar:Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.
Ustaz interview:berapa kali awak khatam quran?
B: ** kali ustaz.
Ustaz: ** kali je?

B diam.Baru menyedari dirinya belum lagi 'gilakan' al-quran,mungkin belum mencapai tahap interviewee lain yang tidak terkira jumlah khatam qurannya.
Selepas interview,
A:B,kalau kau dapat,nak pergi tak?
B:Mestilah.
A:Kalau dapat offer oversea camne?
B:Aku rasa aku terima offer oversea tu kot tapi takpelah, at least dapat la jugak brape juzu' kat sini.

Beberapa bulan berlalu.B tidak menerima sebarang berita dari DQ.Walaupun niat di hati memang ingin 'bermuqim' sebentar sahaja di DQ untuk mengisi masa sebelum mendapat tawaran belajar luar negara,tapi sedikit sebanyak(memang banyak sesangat) kecewa.
Beberapa kali juga menelefon DQ ketika itu.Mahukan pengesahan jika2 nama tersenarai namun terlepas pandang dan surat tidak dipos.Tetapi,memang benar tiada rezeki.Beberapa kali juga berfikir untuk menulis surat rayuan untuk pengambilan kali kedua.Namun, jika telah tercatat di Luh Mahfuz tidak,maka tidaklah jawapannya.

Mungkin kerana niatnya yang hanya mahu 'bermuqim' kemudian cabut lari itu, lantas tidak diizinkan oleh Allah,dan peluang itu diberikan kepada yang lebih berhak.
Terkilan juga di hati B mendengar berita rakan-rakannya yang juga berniat untuk hanya 'Bermuqim' di DQ tapi berjaya diterima.

Segala-galanya belum berakhir.Masa yang ada,B gunakan untuk menghafaz barang satu dua juzu' sepanjang cuti sementara menunggu keputusan SPM dan tawaran universiti. Tapi sukar menghafaz seorang diri.Benar2 sukar.Lalu B berhenti begitu sahaja.Putus asa mungkin.
Namun,perancangan ALLAH Maha Hebat itu hebat.
Rezeki itu ada di mana-mana.B melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Latar:Akademi Tahfiz Az-Zikr.
interviewer:Awak takpe ke kalau semua orang pergi bercuti tapi awak kena duk sini pergi program tahfiz?
B: Takpe ,saya redha.
Interviewer:Kenapa awak tak menghafaz sendiri je?kenapa kena masuk az-zikr?
B:Suasana.Saya dah pernah hafal kat rumah dulu tapi memang susah.Tak ingat sangat yang dah hafal tu.
Interviewer:oh,berapa juzu' hafal?saya cuba tebuk,awak sambung eh.(dia baca ayat juzu' 1)
B:......errr..(tak dapat sambung) dah lama tak mengulang.
Beberapa minggu kemudian, surat diterima.
"Anda diterima menjadi keluarga Az-zikr"

Alhamdulillah.Infiniti syukur.Hebat kan perancangan Allah?
Maka tertulis lah untuk B, bahawa dia akan menghafaz al-quran sambil belajar di luar negara.
Berakhirlah cerita yang mungkin tak best bagi korang ni.Tapi bagi saya sendiri, sejuta kali dikenang pun masih takkan bosan. Kenapa?Sebab B tu adalah saya.

Saya perlu mengingatkan diri saya dengan perkara sebegini.Kalau tidak saya akan mudah terlupa,mengeluh lantas kufur ni3mat yang Allah dah bagi pada saya.
Alangkah malunya saya selaku hamba,telah diberi ni3mat lantas mengeluh pula dengan ni3mat itu.Alangkah malunya saya,selaku hamba, telah diberi ni3mat lantas mensia-siakan ni3mat itu.

Dan Alhamdulillah,Allah telah mentakdirkan yang saya akan menghafaz Al-quran ketika bergelar seorang pelajar pergigian di Jordan University oF Science and Technology, tapi, berapa juzu' yang akan saya hafal?
Semuanya bergantung pada diri saya,keinginan,iman,semangat jihad saya untuk menghafaz Al-Quran. Dan tidak boleh tidak, segala-galanya dalam ketentuan Allah juga.

"Dan tidaklah kamu berada dalam satu urusan dan tidak membaca ayat daripada quran dan tidak melakukan sesuatu amalan kecuali Kami menjadi saksi ketika kamu melakukannya..."yunus:61

Apa yang saya usahakan ketika ini bakal menentukan sama ada kelak apabila saya grad, saya akan menyesal kerana hanya menghafaz beberapa juzu' atau gembira tidak terkata dengan penuh kesyukuran pada Allah, kerana berjaya menghafal 30 juzu',bersama segulung ijazah pergigian.

Memang benar bukan gelaran atau apa yang perlu dikejar,tapi sesiapa pun tidak nafikan bahawa usaha kita pasti dalam pemerhatian Allah,maka bukankah orang yang menghafaz 30 juzu' itu usahanya lebih dari orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?Dan bukankah orang yang menghafaz al-quran kamil itu lebih banyak membaca Al-Quran daripada orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?

Sifir teori nya begitu.

Walau bagaimanapun, Allah juga yang Maha Tahu apakah yang sebenarnya diusahakan dan sebanyak mana kita membaca Al-Quran.Dan saya tahu,langsung tidak boleh menilai seseorang berdasarkan bilangan juzu' yang dihafaz.Saya sendiri mengakui,jika dulu, lancar sahaja tilawah sebelum mula menghafaz quran.Tapi kini,bacaan Al-quran saya lebih tertumpu kepada mengulang hafazan dan hafazan baru.Moga Allah terima amalan kita.

Namun jauh dari hati saya yang sedang cuba memahatkan Al-Quran dalam jiwa raga saya ini, benar-benar bahawa bukan mudah menghafaz Al-Quran.
Dan kerana itulah saya perlu mengingatkan diri kembali dengan ni3mat yang telah Allah kurniakan pada saya agar apabila saya mengeluh "susahnya menghafaz quran..tak larat dah.. nak berhenti menghafaz..masa banyak habis..susah nak ingat..susah nak jaga hafazan, dan sejuta macam keluhan yang mungkin saja saya keluhkan, segera saya pohon agar Allah berikan petunjuk dan panduan untuk hati saya terus thabat dalam medan jihad yang bukan picisan ini.

"Dan tidaklah mereka berinfak dengan infak yang kecil atau besar dan tidak pula mereka merentasi lembah kecuali ditulis apa yang mereka lakukan supaya mereka dapat diberi ganjaran oleh Allah lebih baik daripada apa yang mereka lakukan." At-Taubah:121

Lalu,hati-hati yang sedang berjihad menghafaz Al-Quran,mari kita pujuk hati kita dari mengeluh.Setiap huruf dari kalimah dari ayat dari surah al-quran yang cuba kita hafaz itu,pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabat di kalangan manusia.Lalu mereka bertanya: siapakah mereka ya Rasulullah?Jawab Baginda:Mereka adalah ahli Al-Quran,merekalah kerabat Allah(Ahlullah) dan orang-orang pilihanNya."H.R Ibnu Majah

Dan berbanggalah kita. Kerana apa?Jika pun tidak mampu dan tidak layak untuk menjadi ahlullah tersebut, sekurang-kurangnya telah ada usaha kita untuk tergolong dalam golongan tersebut dan mudah-mudahan, benar-benar kita tergolong menjadi ahlullah dengan menjadi ahli al-quran.

Jauh dari sudut hati saya,memang saya perlukan kalian,keluarga yang mana apabila saya mengeluh "Ya Allah,susahnya menghafaz Al-Quran",di saat orang lain memandang pelik akan keluhan seperti itu, hanya hati-hati yang bersama saya dalam medan jihad ini sahaja yang memahami.

Wallahua3lam.
Irbid,Jordan.
20 Nov 2010.
8.14 malam.