Tuesday, September 7, 2010

lajunya 2 rakaat kakteh?

Satu malam sy dengar dan betulkan yan ngaji.
Lepas habis baca,saya diam.Sedikit puas hati mendengar bacaan yan,tak berapa lancar tapi makhraj dan tajwid nya overall ok.Tapi sgt2 banyak lagi perlu diperbaiki.(sy pun berjuta jugak nak kena betulkan)
Walaupun sedikit pelik bacaan dia,tapi saya diamkan aje.Saya betulkan makhraj Zho dan sikit2 huruf yang memang kebiasaannya orang malaysia salah.Lepas yan baca satu page,saya pulak cakap kat yan 'yan,tlg betulkan kakteh bace pulak'.saya pun bce satu page.
Lepas tu dah lama sikit,yan kata.
"kakteh,kenapa kakteh baca laju komain(bukan main)?"
sy:"laju?ye ke?"sy sengih je
yan:"kakteh punya 2 rakaat laju betul!kalu cikgu yan dah marah da laju sangat mcm tu"
saya pun fikir,bila masa pulak saya solat laju2 ni?(wallahua3lam la kalu mmg laju)
sy:"ye ek?laju?2 rakaat?"
yan:kakteh bce laju."
sy:lorr...harakat la,bukan rakaat.....(sambil gelak2)
yan:bile masa pulak yan kata rakaat?yan kata harakat laa"(sheikh yan ala2 malu,nak cover)
saya diam je lah.mengiyakan kononnye.
Memang dari awal lg saya dgr,yan punya 2 harakat tu panjang sesgt.Tu la yg sy pelik dri awal.apesal yan bce panjang semacam,lebih dri enam harakat dah.
yan kata,cikgu dia buat tangan gerak2 wktu bce 2 harakat(smbil tunjuk sume jari dia tutup satu demi satu)
sy:"2 jari jelah yan"
yan:"cikgu yan buat cmni,(sume jari dia guna utk kire 2 harakat.)
patut lah lame.pelik.agaknya yan terlupe ke tersalah tengok cikgu dia buat.

Malaysia?Bersyukurlah.

Saya kini di Malaysia.Tinggal 13 Hari berbaki untuk pulang ke Jordan.
Masih ada 4 tahun untuk terus berjuang,mengutip mutiara2 bumi anbiya'.InsyaALLAH.
Sebelum pulang ke Malaysia,ketika membeli tiket dan detik2 terakhir sebelum pulang ke Malaysia, saya merasakan konflik yang begitu besar dalam diri.Dan ia berterusan sehingga saya tiba di Malaysia, beberapa hari terawal saya berada di Malaysia.
Segala2nya masih samar2.Saya buntu,apakah menghabiskan cuti 3 minggu ini,berada di Jordan atau di Malaysia adalah lebih bermakna?Saya bimbang jika saya pulang ke Malaysia, banyak perkara yang saya akan terlepas,terlalu banyak.
Namun tiket Royal Jordanian telah pun dibeli.570 JD.
Dan konflik ini terus melanda sehingga saya tiba di Malaysia.Saya bimbang,gelisah,takut.
Kalau2 cuti ini,akan terbuang begitu sahaja tanpa manfaat untuk diri saya.
Tapi kini,tidak layak rasanya untuk hanya mengucap Alhamdulillah atas infiniti ni3mat Allah,atas gerak hati yang Allah kurniakn pada saya yang akhirnya menyebabkan saya pulang juga ke Malaysia.
Sibuk dengan misi2 saya,saya terlupa yang sebenarnya banyak perkara yang saya terlepas pandang.
Saya terlepas pandang beberapa perkara dalam keluarga.Saya terlupa bahawa saya ada adik2 yang masih perlu dididik,saya terlupa banyak perkara dalam keluarga yang masih belum selesai.Saya benar2 terlupa,mungkin kerana saya memandang remeh perkara ini,hanya pada Allah saya beristighfar.
Bila saya melalui hari2 bersama keluarga,seolah2 Allah telah memberikan nikmat tak tergambar pada saya.Alhamdulillah.Saya terfikir,betapa sering mengejar hasanah untuk diri sendiri,tanpa mempedulikan orang lain.Tidak sayangkah pada mereka?Mahu masuk syurga seorang diri?
Sedikit demi sedikit saya cuba mendidik adik perempuan saya kini di tingkatan dua.Kalau dulu,pertengkaran jadi makanan harian kami,tapi kini dia sudah dapat menerima bebelan dan nasihat saya dalam nada yang tidak serius.Dia sudah mula memerhati segala apa yang saya lakukan,dan mula lembut hati untuk mengikutinya.Itulah hidayah Allah.
Adik saya yang bongsu pula,yan,juga cuba untuk saya dekati.Memang dia manja dengan kaktehnya ni.Sambil2 main congkak dengan dia,saya suruh dia ngaji.Sambil2 ngaji,saya betulkan makhraj dia.Tapi dia tak boleh sebut huruf ha(7) lagi.Moga Allah permudahkan.Banyak lagi yang perlu dia pelajari,jauh lagi perjalanan.Sambil main2 kucing dan kura2,saya sibuk bercerita pelbagai perkara pada yan.
Segala2nya terasa indah.Alhamdulillah.Moga Allah terus menjaga hati kami dengan hidayah milik Nya,hingga kelak berkumpul lagi kami di syurga.
Dan kini saya masih berusaha menerapkan bberapa perkara dalam keluarga,InsyaALLAH.
Terasa menjalar ketenangan kurniaan Allah dalam hati.Jadual mengulang dan target menghafaz saya pun masih cuba untuk saya ikuti.Alhamdulillah,MashaAllah.Moga Allah beri kemudahan dan kelapangan hati untuk menghafal.
Terima kasih buat semua sahabat yang memberi nasihat,membantu saya menguatkan hati ini.
Benarlah,ketenangan dan rahmat Allah akan meliputi hambanya tidak kira di mana kita berada.
Bukan lah orang sekeliling dan bukan jua tempat yang menentukan segalanya,tapi ketenangan, hidayah dan keberkatan milik Allah itu pasti akan dikurniakan buat hamba2 yang meminta, yang mencari.Wallahua3lam.
credit to:1.Ukhti nurul syahida ishak(dah grad dah akak..teruskan perjuangan kat malaysia pulak! syukran 4 everything.sy mmg perlu nasihat dari sheikhah sy!)
2.Ukhti munirah mohd nor(bittawfiq!syukran atas nasihat k.mun)
3.Ukhti raihana nazri(kuatkan hati di jordan.kerja Islam,kheir insyaALLAH)
dan kengkawan lain.

Buat Rai,farhan, teruskan TABAH bersama SKUAD TABAH.nnt ada rezeki,kita jaulah sesama lagi ye.gi morocco pulak ke.turkey ke.
Untuk kak syi,baju raya yang mak kak shie dah buat tu,hadiah untuk kak shie.heheh.

Tuesday, August 31, 2010

Seribu Rasa

Satu pagi di Malaysia.Kesayuan yang tak tergambar oleh kata-kata.Lama sudah tak terasa kesayuan sebegini.Mungkin saya sakit sebenarnya.Zahir?Batin?Mungkin jiwa.Atau hati.Terasa berat semuanya,tanggungan ini.Walaupun zahirnya seorang diri,tapi pasti Allah menemani.Panjang,sukar helaan nafas setelah segalanya berlalu.Namun masa takkan kembali lagi.Tidak ada guna lagi disesali,ditangisi.

Dengan kesayuan dan kesedihan ini,saya cuba mencari kekuatan. Menyedari bahawa saya ada Al-Quran untuk menjadi tempat melapangkan segala kesedihan,kelelahan,kesayuan, kegusaran, kegelisahan dan sejuta keluh kesahnya hati yang Allah campakkan.

Apabila sedih,peluklah Al-quran.

“9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..” Dipetik dari yahoo group at_zikr oleh seorang hamalatul quran dari DQ.

Syukur pada Tuhan.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Moga hati ini dilapangkan oleh Allah.Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ruah menyelinap dan mencipta ketenangan dalam jiwa.

“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).

Hati ini perlu sentiasa basah dengan zikrullah,perlu yakin dengan janji Allah.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya.. maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu (Al Fajr 27-30)

Penat,sedih,letih,lelah,resah dan gelisah,pada Allah jua segalanya saya kembalikan.Kerana Allah pemilik perasaan malahan Pencipta segalanya.Tidak perlu diluahkan,sudahpun difahami oleh Tuhan.

Maha Suci Allah.Indah sekali menjadi hambaNya.

Tuesday, July 27, 2010

Aku Ingin Pulang

Dah lama ditimbang2 kemungkinan saya akan pulang ke Malaysia.
Fikir2kan suasana aidilfitri di jordan sebagaimana yang dah dilalui tahun lalu.
Namun pasti jauh berbeza.
Tahun ini, mungkin tiada sahabat2 yang menjadi teman gelak ketawa.
Mereka semua pulang.
Tiada ibu ayah di sisi,mereka lah pengubat hati.
Tapi tahun ini,bakal mencatatkan sesuatu yang berlainan.
Entah siapa yang tahu.

Namun lebih besar manfaatnya jika saya berada di sini sahaja.
Satu perkara yang saya takuti tidak akan saya perolehi jika pulang ke Malaysia.
Bimbang dan gelisah dengan kemungkinan itu,saya bulatkan nekad untuk lepaskan sahaja niat di hati untuk pulang.Biar hilang begitu sahaja.
Pasti ada hikmah dan rezeki untuk pulang lain kali.

Ramai yang menggeleng kurang faham dengan keputusan saya.
Ramai juga yang mengajak pulang bersama.
Ramai yang asyik bertanyakan alasan saya untuk tidak pulang.
Ramai yang sound saya kata jangan kedekut sangat(ni yang paling dasyat.tak supportive langsung)..huhu

Kedekut?Mana ada. saya pemurah (ye tak?) :P
Alasan?Saya juga kurang pasti.Dan kerana itu hati berbolak balik.
Tapi InsyaALLAH ini yang terbaik.

Tapi rindu juga kat femili.ayo.pening.
Moga2 mak n abah doakan anak nya yang dah tinggal sorang2 kat negara orang ni.

Kaklong dah abis.tinggal saya je 4 taun lagi.(lamenye...)
Tapi saya perlu habiskan 4 tahun dengan satu kejayaan akhirat yang kekal.perlu.
Moga Allah redhai dan berkati.

Segala usaha adalah dengan izin Allah.
Dan segala natijah usaha juga adalah dari Allah.
Lemah sungguh kita.
Tapi bahagia juga.
Kerana hidup bersama Allah tidak akan mengecewakan.

Jika ni3mat dikurnia,lantas disyukuri terus ditambah oleh Nya.
Jika musibah menimpa,lantas bersabar terus diampuni dan dijanji syurga.
Bahagia~
Allah Maha Penyayang.Maha.

p/s:duk jordan takde kueh raya. itu juga ujian.

Monday, July 19, 2010

yan,yan,dan yan lagi.


dah lama tak menulis kat blog ni.
sejak akhir2 ni makin rasa nak balik malaysia pulak walaupun saya tahu itu satu perkara yang mustahil.
sebab rindu kat mak ayah.adik beradik.dan adik bongsu saya yang dah besar dah, imran atau nama pnggilannya yan.dah darjah 5 pun.besar dah tapi rasa mcm dia masih kecil.sbb bongsu kot.
haritu saya telefon rumah.kemudian terdengar suara emak yang mengangkat telefon.saya pun bertanya tentang gambar yan yang diupload oleh abah di facebook.gambar yang membuat saya tersenyum.gambar yan tengah ambil hadiah.
kelakar juga bila tengok yan amik hadiah.rasanya kali pertama.itu yang rasa curious nak tahu hadiah apa yang dia dapat.rupanya hadiah mata pelajaran matematik tertinggi.



mak saya pun kemudiaannya memanggil "yan!!! meh sini..lapor cepat kat kakteh keputusan periksa yan.."
"hello..kakteh.."
yan..dapat nombor berapa?
"nombor 7..ala..3 orang je yang dapat 5a(laju je dia jwb)"
yan dpt brape a?
"yan 3 a"
apa b?
"sains dengan penulisan.pemahaman dapat a!"
lorr...apesal teruk lagi?kan kateh dah ajar dulu?"
tapi pemahaman yan dapat a.yg dpt nombor 1 smpai nombor 3 lelaki.perempuan tak terer"
kalau kakteh ada kat kelas yan,mesti kakteh dpt nombor 0 tau.kakteh lg terer dari kwn2 yan
"eleh..kosong?kosong tu maknanya 30 ke?hahah(gelak pulak dia)"
apelah yan ni.ptutnye yan terer sbb yan adik kakteh(kakteh kan terer)
"mana kakteh tau.zaman yan dah susah"(amboi,pndai pulak dia)
yan ngaji cmne??lancar tak?surah2 dah hafal banyak tak?
"dah habis dah(dia baru je khatam)pastu ulang semula.yan dah hafal surah buruj tau"
surah buruj?wahh..terernye yan..kakteh baru je nak hafal surah tu.kakteh nak hafal seminggu tau
"hah?seminggu?senang je..yan hafal 2 hari je."
ok..kita lumba..hafal surah as-shams(saya pun baca sikit surah tu).nnt kakteh telefon smula,kakteh nak dengar.tengok sape hafal dulu.
"ok..kakteh mesti kalah.eh kakteh,tak baik tau lumba.(pandai pulak dia)"
ala,takpelah.kita tgok sape laju.

sebenarnya saya saje2 nak suruh dia hafal surah.kalau tak,mmg dia malas.saje2 nak induce dia supaya hafal.
balik dari jami3ah harini.dapat mesej.
"kakteh dah hafal sampai berapa yan ayat 10"(dia mmg tak reti guna titik ke koma ke jd faham2 la sndiri ayat bersambung ni)
tergelak saya.dia betul2 nak lawan.bagus lah.saya pun reply la.
"Alamak!yan lg laju?:( esok kakteh nak abiskan hafal.Kakteh mesti boleh!"

haha..seronoknye main2 ngan adik ni.hati budak kecik ni bersih suci tulus je.kita la yang pandai2 nak terapkan apa2 dalam diri dorg.cara kita bergurau,cara kita bermain,cara kita bercakap, apa yang kita nak galakkan kat mereka, kalau baik,baiklah.Kalau buruk,buruklah.

saya memang mengharap imran akan masuk sekolah tahfiz.best juga kalau ada kwn menghafal quran same2.
Wallahua3lam.

Thursday, May 20, 2010

farmasi milik Allah

tempat itu mengikat hati seorang hamba.
terlalu tenang,merantai jiwa untuk terus mengubat hati di dalamnya.
biar manusia keluar dan masuk, datang dan pergi tapi ada yang kekal.
ketenangan dari Allah.
kekuatan setelah lemah.
kecintaan mengganti benci.
keinsafan menyuci noda hati.

pelbagai perkara ku pelajari di sana.
bermacam ubat kutemui.
Ubat dari Allah,Tuhan Maha Pencipta.
apabila hati ku berpenyakit,jiwa ku lalai,iman ku bergoncang, perlunya ku ziarahi tempat itu.
sekali.dua.berjuta kali tak akan jemu.
luar biasa sekali farmasi milik Allah.

satu rasa menyelinap ke dalam benak ku.
takkan tergambar oleh fikiran.
Hanya Allah yang Tahu.
damai sekali di rumah Allah.


Wednesday, May 19, 2010

B.E.R.A.T

"macamane tahfiz?dah abis dah?"
terkedu saya dengan soalan abah ni.
pantas saya menjawab"belum lagi abah,baru smpai juzu' *"
"oh.ok la tu"

beberapa minggu sebelumnya.

lincah jariku menaip mesej ucapan hari ibu untuk mak tersayang.walaupun beberapa hari terlewat.

Lantas mesej dari mak tiba.
"Waalaikummussalam tk ucapan hari ibu.Tak pe lambat sbb hari2 mak tetap ibu pd 7 org anak mak.Memang mak harap sangat kakteh jadi dr hafizah.Blaja rajin2 utk ke2.Mak stiasa doa"

tidak semudah yang disangka.tapi hakikatnya, sedikit demi sedikit jiwa ku terdidik bahawa syurga itu mahal. jika mahu sentiasa mudah, maka nafsu lah yang akan dituruti.

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka." (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

memang saya perlu sokongan.kekuatan.motivasi.semangat.apabila keluarga di Malaysia sering bertanyakan perkembangan hafazan, jiwa tersuntik dengan nafas baru.Berat helaan,tapi sepenuh pengharapan.

Siapa yang tidak ingin menjadi hamalatul quran.Tapi untuk kaki ini terus thabat dan istiqamah, perlu mujahadah yg tggi.Nafsu ,jiwa, dan sebagainya.Jiwa perlu dididik supaya tidak terlalu cintakan kelapangan dan kerehatan.

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda: :"Penghafal Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu diapakaikan jubah karamah. Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku ridhailah dia, maka Allah meridhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (derajat-derajat surga), dan Allah menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan" (Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia menilainya hadits hasan (2916), Ibnu Khuzaimah, al hakim, ia meninalinya hadits sahih, serta disetujui oleh Adz Dzahabi(1/533).)

Dan jika satu hari nanti,tiada lagi orang sekeliling saya yang dianugerahkan oleh Allah untuk memberi saya semangat dan kekuatan,saya tahu.saat itu pasti sukar.Dan saya perlu bersedia untuk saat itu.

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,dan digoncang(dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata"Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat"(Al-baqarah:214)

Namun,biarlah apa pun yang berlaku,semoga Allah sentiasa jadi tempat pergantungan saya. Kerana Allah memahami jiwa,perasaan dan hati ini.Jatuh,bangun,sakit,suka dan duka, semuanya dalam pengetahuan Allah.Alhamdulillah.Indah hidup sebagai hamba Allah.Kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang.