Sunday, January 24, 2010

Sukar tetapi manis..

Saya agak terkesan dengan emel yang diterima di yahoo group PERMAI(Persatuan pelajar malaysia irbid) yang memberi khabar ibu seorang daripada akhowat irbid iaitu kak hetty ayuni telah kembali ke rahmatullah.

Takziah buat dirinya. Moga dia tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah.
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (juga) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat kamu,Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui''Al-Baqarah:216

Saya terbayang2 dan tergambar bagaimana perasaan kita jika ditimpa musibah sebegitu rupa?Saya terfikir adakah saya akan kuat jika saya yang berada di tempat kak hetty? Ujian itu besar, sangat besar kerana selama ini yang mengambil berat dan mengambil tahu tentang kita adalah ibu, lebih dari orang lain.

Apabila jauh,mula terasa rindu ingin melihat wajah ibu. Apabila lama tidak berhubung, pasti ibu akan tertanya2 dan cuba menghubungi kita. Apabila sakit, ibu yang akan memberi nasihat itu dan ini agar sihat kembali dengan izin Allah. Apabila tersilap langkah, pastilah ibu akan memarahi dan memberi leteran dengan harapan kita kembali ke pangkal jalan. Dan yang paling utama, pasti doa ibu sentiasa mengiringi langkah kita dalam apa jua keadaan. Dengan berkat doa ibu yang dimakbulkan oleh ALLAH, saya adalah saya yang sekarang,saya berada di Jordan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Kerana itulah,saya terfikir2 bagaimana akan saya hadapi saat itu jika saya yang diuji? Rasa seolah tidak tertanggung dengan ujian sehebat itu. Hanya pada Allah lah pemilik perasaan saya, saya menyerahkan segalanya. Segala keluh kesah,resah gelisah dan kesedihan tika ujian menimpa diadukan pada Allah. Hanya Allah yang Memahami. Lebih dari segalanya. Cukup.

''Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira pada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.Mereka itulah orang yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.'' Al-Baqarah 155-157

Namun,Allah pasti ada sesuatu di sebalik setiap qada' dan qadar Allah. Orang Mukmin yang bersabar pasti diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka oleh Allah Pemilik sekalian alam.

''Aku mengagumi seorang mukmin kerana selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapat kesenangan,ia bersyukur (kepada ALLAH), sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri dan (menjalankannya dengan sabar)bahawa di dalamnya ada kebaikan pula.''(H.R Muslim)


Moga Allah meluruskan hati saya dengan iman.Sentiasa.

No comments:

Post a Comment