Sunday, March 20, 2011

Iman Mengetuk

Sekian hari berfikir.
Mencari-cari di mana tempat letaknya akhirat di hati.
Di tangga keberapakah dalam berjuta tangga dalam hati saya utamakan Allah.
Berapa banyakkah tangga itu berisi dunia dan permainannya.

Seringkali dia tertanya-tanya,

****
"Bagaimanakah seseorang yang memegang jawatan apa-apa, seperti ahli jawatankuasa program itu dan ini, sebagai pemegang biro dalam persatuan itu dan ini,diberi tanggungjawab menguruskan itu dan ini,

satu ketika dia merasakan semuanya membiak terlalu cepat, dan menimpanya sendiri.
Ketika dia menerima taklifan dan amanah itu, niatnya untuk membantu kerja-kerja Islam, walaupun tidak secara direct,dan memang perlu dicari sedalam2 nya apakah kaitan dengan islam?

Dan juga dia tahu memang setiap perkara yang dilakukan kerana Allah itu adalah menguntungkan kita sendiri,

Tapi saban hari, dia merasakan masanya habis. Tenaga nya hilang. Bukan itu semua yang dikesalkan, tetapi apa yang berlaku di sebalik itu.

Malamnya tidak lagi diisi oleh sujud dan qiam kerana tidur lewat.
Siangnya berat untuk berpuasa kerana letih bekerja.
Mulutnya kaku untuk membaca al-quran kerana sudah banyak bercakap.
Niat asalnya menerima taklifan mula goyah.

'apakah kaitan kerja2 ini dengan islam?'
'apakah yang aku dapat?'
'adakah Allah redha dengan kerja2 ini?'

Benar sekali, orang yang kuat pasti menolak semuanya ke tepi, terus sahaja seperti saidina umar yang menjalankan tugas khalifah di siang hari, menjadi abid di malam hari
dan memang sepatutnya dia begitu.

Tetapi, dia lemah,dia manusia biasa,dia sering terjatuh, bukan mudah untuk dia bangun selepas itu, imannya tidak sekukuh mana.

Dia mula merasakan 'kerja-kerja dunia' ini mengisi hatinya, mengambil masanya dengan Allah.

Sekali lagi, benar jika diniatkan semua kerana ALLAH, dia tahu takkan rugi. Namun, dia lebih mengetahui keadaan dirinya sendiri. Jiwanya kosong kerana semua beban ini.Imannya sakit.Rohaninya lemah.

Dia sangat perlu masa untuk dirinya sendiri, bersendirian dengan Tuhan Rabbul 'Izzah, namun segala bebanan kerja ini meletihkannya sehingga dia tidak mampu lagi memperoleh kehidupan indah bertuhan satu ketika dahulu.

Dia keliru. Dia mula sukar mengaitkan segala kerja dengan redha Allah. Dia tidak sedap hati, kerana imannya asyik mengetuk2 jiwa, inginkan dia yang dulu. Imannya meronta-ronta mahukan pengabdian pada Allah yang lebih dari itu.

Dia musykil. Sedangkan segala kerja yang dilakukan adalah kerana Allah, tapi mengapa begini pula jadinya?pasti ada petanda dari Maha Agung.

Sedikit sebanyak dia menanam tekad, tidak mahu lagi menerima kerja, bukan kerana tidak mahu memudahkan orang lain, bukan dia tidak tahu hadith yang mengatakan Allah pasti membantu hambanya selagi mana hambanya mahu membantu saudaranya, tetapi dia lebih tahu ada sesuatu yang lebih besar dari itu yang perlu dia utamakan sebelum segala-galanya, iaitu hubungan dengan Allah.

Tetapi oleh kerana taklifan ini dilihat menjauhkan dia dari Allah berbanding dirinya yang dulu, dan sedangkan yang dahulu pun dia rasakan kurang, apatah lagi kini, terus sibuk tanpa mengetahui tujuan semuanya.Jadi,dia mula membulatkan hati untuk cuba menolak apa-apa yang datang selepas ini.

Kalau dahulu,dia berlumba-lumba untuk menjadi abid,tapi kini, ada perkara lain yang dia lakukan,malahan perkara itu mengambil masanya,melemahkannya untuk berlumba.

Dia tidak mahu kalah dalam perjuangan menuju Allah.Ah,sungguh dia keliru."

****
Luahan hati seorang sahabat.
Bagaimana mahu membantu dia?
Sedikit sebanyak ada benarnya.
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah permainan dan senda gurau.."
al-hadid:20
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat ampunan dari Tuhan mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi..." al-hadid:21

6 comments:

  1. mungkin anda dibebani kerana anda mampu mengatasi

    menguasai dan tidak dikuasai
    menenggelam dan tidak dijunam

    mungkin?

    ReplyDelete
  2. "aku seperti mana sangkaan hambaku". pasti sahaja Allah sediakan hikmah pada setiap ketentuan. namun hikmah yang Allah berikan ada pada tiga jalan.
    pertama: Allah akan terus zahirkan hikmah yang tersimpan,
    kedua : kejayaan akan datang,
    ketiga : adalah melalui kesenangan kita di syurga kelak, insyaallah.
    namun keperluan kita untuk istiqomah dalam kebaikan. tentunya istiqomah itu sangat sukar! percayalah pada setiap janji Allah, pasti hikmahnya akan terzahir.. sabar ye dik..

    ReplyDelete
  3. err..syukran atas semua nasihat kalian. Nanti saya smpaikan pada sahabat saya tu,inshaALLAH.

    ReplyDelete
  4. seperti sahabat pernah tertambat dengan kata-kata
    " kekuatan itu dari Allah "..

    sahabat itu akan sentiasa bersamanya tetapi yang lebih layak bersama & memeliharanya hanya Dia.

    =)

    ReplyDelete
  5. pernah mendapat nasihat drpd seorang tokoh pekerja Islam..
    seorang pekerja islam itu,bila merasakan hatinya suda keras,maka beruzlahlah seketika..
    bukan bermksud selama-lamanya,tp tetaplah melalui proses pentarbiyahan seperti usrah supaya tidak jauh dr jemaah..

    apabila sudah tenang,maka kembalilah melakukan kerja-kerja Islam..

    ReplyDelete
  6. Menunjukkan pentingnya kefahaman dalam melaksanakan kerja-kerja Islam yang bukan atas dasar semangat semata-mata.

    ReplyDelete