Saturday, April 23, 2011

Pilihan Di Tangan.Beban Ke Lengan.

Melihat buaian.
Seorang budak kecil,berlari-lari menuju ke arah 'keseronokan' itu.
Terus duduk dan mengayun dirinya sendiri di atas buaian.
Seronok.

Melihat buaian.
Seorang dewasa,berjalan tenang ke arah 'buaian' itu.
Dia tidak duduk, tetapi meneliti.
Melihat atas, "kukuh atau tidak buaian ini?"
Melihat di atas tempat duduk buaian, "eh,basah lah.hujan semalam"
Melihat kiri dan kanan, "nampaknya rantai besi buaian ni dah haus"
Melihat sekeliling,"oh,ramai lagi budak2 yang nak main, mereka lebih patut bermain dari aku"

Dia tidak duduk, lantas memanggil kanak-kanak yang sibuk berebut buaian lain.
Matang.

***********
Untung menjadi kanak-kanak, tidak perlu berfikir panjang.
Tapi, selaku seorang yang dewasa, kita lebih berfikiran luas.
Melihat sesuatu dari keseluruhan aspek yang terlibat.

Saya umpamakan buaian itu sebagai tanggungjawab.
Seorang yang matang,akan duduk sekiranya dia telah menilai seluruh aspek kemampuan dirinya.

1.Memandang ke depan, dia melihat masa hadapan dan cita-citanya yang ingin dikejar.Apakah dengan menggalas bebanan dan tanggungjawab itu,dia akan terus mara ke hadapan, menggapai cita-cita nya?Atau dia akan terkandas,sekaligus mengecewakan harapan agama,keluarga,masyarakat,dan negara?

2.Menoleh ke belakang, dia menilai, pengalaman dan kemampuan diri yang telah dia lalui selama ini,adakah membolehkan nya memimpin dan menerima amanah itu?Atau dia masih mentah, dan tidak mampu memimpin?Atau dia yakin bahwa dirinya cepat belajar menjadi seorang pemimpin?

3.Melihat ke kiri dan kanan, dia sedar, bahawa dia telah meletakkan matlamat dan visi dalam hidupnya,yang ingin dicapai selama dia berada dalam situasi yang membolehkan dia mencapai matlamat tersebut.Adakah dengan memikul tanggungjawab atau jawatan itu,dia mampu meneruskan langkah mencapai apa yang dimahukan?Atau dengan bersetuju memikul beban,dia akan terlepas salah satu,atau kesemuanya sekali?Dia gagal mencapai matlamatnya? Lantas merugikan diri?

4.Melihat ke sekeliling, dia meneliti keadaan masyarakat yang akan dia pimpin.Bagaimanakah mentaliti,dan anggaran masyarakat yang akan dia pimpini kelak?Adakah dengan dia menaiki kerusi pimpinan,dia akan membawa kebaikan dan maslahat kepada masyarakat?Atau sebaliknya,dia akan menzalimi semua orang,akibat menerima tanggungjawab dalam keadaan tiada persediaan dan kemampuan?

Dia juga menilai, adakah orang-orang sekeliling berlapang hati dengan dia selaku penerima tanggungjawab itu.
Keluarga?Sahabat-sahabat? Serumah?Sekuliah?Sefikrah?Seakademi?Semedan jihad?

Akhirnya, dia perlu tahu bahawa amanah itu berat. Jika dia menerima ,dia perlu tahu bahawa dia bakal disoal kelak di akhirat, apakah dia telah melaksanakah amanah tersebut dengan benar, atau dia khianat dengan taklifan itu. Yang ini benar-benar perlu difikirkan.

Setelah menilai semua aspek yang berlainan dari individu ke individu yang lain, dia sampai kepada satu kesimpulan.

Jika semuanya positif,dia mara dan menerima.
Jika tidak, dia diam dan menarik diri,tetapi perlu terus memberi sokongan buat penerima tanggungjawab yang baru.

Yang pasti,sejauh mana pun kita menolak,jika ALLAH takdirkan kita untuk memimpin, pasti itu yang terbaik dan yakin sahaja Allah akan membantu kita.

Yang pasti,sejauh mana pun kita mahu, jika ALLAH takdirkan untuk tanggungjawab itu dipikul oleh orang lain, pasti itu yang terbaik, dan yakin sahaja Allah akan membantu penerima tanggungjawab itu.

Allah Tahu.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ndah perumpamaan awak.

    buaian itu sebagai tanggungjawab dan pelbagai rungkaiannya lagi.

    this post made me think again about being me and my responsibility

    thanks sangat.'
    salam :)

    mohon di share jika boleh?

    ReplyDelete
  3. “Tiap2 seorang dr kmu adlh pemmpn d akn dmnta btanggungjwb kpd org2 y brda d bawah jagaanny. Seorang ktua ngr btanggungjwb k
    ats rakyatny d akn disoal olh Allah akn kepimpinanny. Seorang istri btangung
    jawb d rumhny d akn disoal b'kenaan tnggungjawabny, seorang ank
    btanggungjwab k atas hrta bpany d dia jga akn disoal, bgitu jga seorang
    hmba atau y bkerja dengan majikn, btanggungjawab kpd majikanny, setiap
    kamu adalah pemimpn, dn btanggungjawab kpd apa y dipimpinnya” (H.R Bukhari d Muslim).

    ReplyDelete
  4. Tim, tulis lepas kita balik dari taman mainan tu eh? huhu
    Oke, budak kecik tu macam fasya, tak pikir panjang, terus main buaian dengan girangya.
    Tapi orang dewasa tu memang macam tim, sebelum nak naik tilik dua tiga kali takut putus,heeee.

    Nway, nice post dear. Semoga kuat! :)

    ReplyDelete