Tuesday, August 31, 2010

Seribu Rasa

Satu pagi di Malaysia.Kesayuan yang tak tergambar oleh kata-kata.Lama sudah tak terasa kesayuan sebegini.Mungkin saya sakit sebenarnya.Zahir?Batin?Mungkin jiwa.Atau hati.Terasa berat semuanya,tanggungan ini.Walaupun zahirnya seorang diri,tapi pasti Allah menemani.Panjang,sukar helaan nafas setelah segalanya berlalu.Namun masa takkan kembali lagi.Tidak ada guna lagi disesali,ditangisi.

Dengan kesayuan dan kesedihan ini,saya cuba mencari kekuatan. Menyedari bahawa saya ada Al-Quran untuk menjadi tempat melapangkan segala kesedihan,kelelahan,kesayuan, kegusaran, kegelisahan dan sejuta keluh kesahnya hati yang Allah campakkan.

Apabila sedih,peluklah Al-quran.

“9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..” Dipetik dari yahoo group at_zikr oleh seorang hamalatul quran dari DQ.

Syukur pada Tuhan.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Moga hati ini dilapangkan oleh Allah.Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ruah menyelinap dan mencipta ketenangan dalam jiwa.

“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).

Hati ini perlu sentiasa basah dengan zikrullah,perlu yakin dengan janji Allah.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya.. maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu (Al Fajr 27-30)

Penat,sedih,letih,lelah,resah dan gelisah,pada Allah jua segalanya saya kembalikan.Kerana Allah pemilik perasaan malahan Pencipta segalanya.Tidak perlu diluahkan,sudahpun difahami oleh Tuhan.

Maha Suci Allah.Indah sekali menjadi hambaNya.