Saturday, November 12, 2011

Allah 'pilih'.

"Bila semua adik-adik dah besar ni, rasa macam 7 beradik tu macam sikit je. Mesti mak abah penat jaga & besarkan anak-anak 7 orang ni. Ya Allah, satukan kami di syurgaMu"- Kaklong, Sept 18 2011.

Syahdu dan pilu rasanya bila terbaca status fb ini.

Saya terfikir-fikir, apalah bakti saya untuk mak dan abah. Apabila beban diri sendiri yang perlu dibawa ke akhirat sudah terlalu berat, apalah yang diharapkan kecuali satu perkara. Itupun entahkan sempat,entahkan ada rezeki atau tidak, entahkan tetap hati ini, entahkan kuat jiwa ini, entahkan kaki terus melangkah.

Allah.satukan kami di syurgaMu.

Sering saya terbayang wajah mak dan abah dengan mahkota kelak. Tanpa sedar, laju air mata saya mengalir mengiringi bayangan sebegitu.Saya terlalu ingin sekali bayangan itu menjadi kenyataan,dan tentunya saya mengharapkan yang lebih indah dari itu,yang tidak tergambar oleh fikiran saya.

Saya tahu sebenarnya selama ini,dari langkah awal saya, Allah lah yang memberi kekuatan kepada saya,tetapi saya tahu mak dan abah sudah terlalu banyak berdoa agar kekuatan itu diberikan kepada saya. Allah. Hanya apabila ingatan itu yang saya fikirkan, terasa diri kembali dipandu oleh Allah.

Terngiang-ngiang doa mak abah,selepas solat bersama kami. Terngiang-ngiang kata-kata mak abah,bila saya bercakap dalam telefon. Masih segar dalam ingatan,mesej-mesej yang dihantar mak abah.

Dan,terbayang-bayang wajah mak dan abah, dan adik beradik saya. Allah. Rasa itu menerpa.
Semoga Allah kurniakan hidayah kepada kami semua,agar kelak di akhirat tangan-tangan inilah yang diharapkan menarik saya bersama-sama ke syurga dengan rahmat Allah. Kerana sayang nya saya kepada mereka di dunia ini, tidak langsung sama dengan bahagia dan sayangnya kami di akhirat kelak, jika kami dikumpulkan di syurga Allah.

Ya Allah,rezekikan kami mahligai di syurga kelak. Kami semua. Amin.

Saya tahu semua orang ada sejuta sebab untuk menangis apabila teringat kedua ibu bapa, tetapi entah mengapa. Sebab ini yang Allah 'pilih' untuk saya.

Friday, November 11, 2011

Bangkaikah kita?

Orang yang bangun dari tidur pada waktu subuh(subuh pun gajah-gajah) tanpa berqiamullail, adalah seperti bangkai.


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

******
Termenung jauh,bila terbaca satu lagi berita, pelajar mesir meninggal dunia,dengar khabarnya meninggal ketika hendak mengambil wudhu' utk bertahajjud.


'Happy ending' bak kata orang putih.

'Mati bergaya', bak kata orang Melayu.

'Husnul khatimah' bak kata orang Arab.

Terfikir nasib kita di pengakhiran hayat. Bagaimanakah kisah kematian kita kelak. Adakah mati ketika sedang melakukan maksiat?Mendengar lagu?Menyanyi?Fb?

Atau..

Membaca quran?Solat?Haji?Berjalan ke masjid? Tahajjud?

Kalau sekadar bertahajjud sekali sebulan, tinggalkan lah angan-angan untuk diambil nyawa ketika bertahajjud itu.


Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك

“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Baiklah,masa untuk mendiagnose hati. T__T

Sekian.

Monday, November 7, 2011

Peringatan untuk yang masih hidup.

"Salah satu tanda-tanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah apabila lama setelah kematian seseorang itu, orang masih lagi menyebut-nyebut kebaikannya"

Teringat saya,kata-kata ustaz ridha, sambil menceritakan kisah arwah sahabatnya yang menangis setiap kali solat. Tidak pernah lagi dia solat tanpa air mata membasahi wajah bersihnya. Dan dia telah kembali ke rahmatullah kerana sakit.

Allah.Mungkin kita ini hati keras,menangis kerana dunia terlalu banyak,sehingga sukar menangis kerana takutkan api neraka, kerana dosa yang bertimbun, kerana merasakan diri jauh dari fitrah, kerana rindukan Allah dan rasul-Nya.Tapi asyik menangis kerana dunia.

Akhir-akhir ini,saya sangat terkesan dengan kematian 'abu usamah' iaitu pengurus sakan kami pelajar-pelajar Malaysia selama ini. Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.Al-fatihah.

Dan saya memang merasakan kematian itu sudah terlalu hampir dengan saya. Begitu juga dengan roomate saya. Housemate saya. Kawan-kawan saya. Keluarga saya. Semua nya sudah dekat dengan kematian. Tetapi saya tahu bahawa persediaan saya,adalah untuk saya sendiri. Untuk saya bawa bertemu Allah kelak.

Semoga Allah beri kesempatan waktu untuk itu.

Sunday, October 23, 2011

Semangat yang lesu.

Terjerit-jerit saya, menyokong peserta-peserta larian 1500 meter,sambil berlari-lari anak, mengiringi langkah mereka agar meneruskan larian sehingga garisan penamat.

Saya berhenti,pancit.

Saya tidak mahu pancit. Mereka sudah terlalu lama berlari,mereka tiada masa berehat,mereka mengah.Sekurang-kurangnya saya perlu tunjukkan semangat agar mereka juga bersemangat.

Saya hanya mampu memberi semangat yang tidak saya ketahui berkesan atau tidak. Sekadar begitu.

Saya pancit lagi.Hilang semangat,melihat langkah mereka yang semakin longlai,tidak lagi berlari, dan ada yang sudah pun berhenti.Mungkin sedikit sebanyak salah saya yang pancit awal.

Saya berhenti.Kecewa.

********

Terlalu banyak perkara berlaku sejak langkah pertama saya di bumi Anbiya' ini.

Seolah-olah tidak percaya dengan keadaan diri sendiri sekarang.Entah apa rahsia Allah mentakdirkan segala-galanya.

********
Saya sedang melarikan diri dari apa,tidak tahu.

Jangan kelak,bila ditakdirkan ajal saya tiba,banyak penyesalan yang saya tangisi, banyak juzu' yang lama tidak dijenguk, banyak dosa yang belum terampun, banyak. Terlalu banyak.

Sudah-sudah.

Mari sedarkan diri.

Sebenarnya saya memerlukan Allah,tetapi mungkin saya tidak sedar hakikat itu.

"wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha

Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji"35:15

Thursday, August 4, 2011

nil

Sedikit demi sedikit beberapa perkara yang terkorban.

Ah,lepaskan diri dari cinta dunia yang membelenggu hati.

Biar akhirat yang menjadi tumpuan.

Agar masih mampu tersenyum dengan segala.

Allah ada.

Dan saat inilah,rasa itu menerpa.

Hati,perasaan,milik Tuhan Maha Esa.

Pohonlah petunjuk dan kekuatan dariNya.

Mungkin perlu beruzlah sebentar,menilai matlamat dan tujuan yang sebenar.

Agar perjalanan menuju Tuhan tidak dihiasi dosa.

Sekali lagi,Allah ada.

Untuk segala.

Bentuk jiwa di bulan mulia.

Adakah sudah berjaya menarik perhatian Pencipta kita?

Ahh.Mungkin jauh lagi cinta.

Teruskan mencuba!

Saturday, July 16, 2011

Terapi

Mudah-mudahan Allah menjadikan hafazan Al-Quran buat kami,sebagai

Melapang kesempitan
Menenang kegelisahan
Mengubat kotor nya jiwa
Menggembira kesedihan
Mengisi kekosongan
Menghalang kemaksiatan
Menerang kegelapan
Menundukkan keegoan
Menguatkan kelemahan
Menambah keimanan
Rehat di kala kesibukan
Meneguh kecintaan pada Tuhan

Setelah semua.
Bermula.

Ya Allah,izinkan segalanya.
Tiada segala di langit dan di bumi yang berlaku melainkan menurut iradah Mu.

Monday, July 11, 2011

kisah imam malik,imam shafie,dan imam waki'

Satu ketika,imam shafie datang berguru dgn imam malik.

lantas,imam malik berkata kepada imam shafie "aku melihat,Allah telah mengurniakan cahaya di dada/hati mu,maka janganlah engkau padamkannya dengan kegelapan maksiat"

Hari demi hari berlalu,

Satu hari,dalam perjalanan imam shafie utk mendatangi gurunya yang lain,imam waki3,dia telah melanggar nasihat imam malik,iaitu dia terlihat pada tumit seorang perempuan.(Mungkin dia tidak sengaja terlihat)

Imam shafie,merupakan seorang yang menghafaz quran ketika itu. Kehebatan nya dalam menghafaz al-quran sangat mengagumkan. Diceritakan,Oleh kerana kepantasan imam shafie dalam mengingati ayat2 al-quran, dia terpaksa meletakkan tangannya bagi menutupi muka surat al-quran yang sebelah lagi agar dia tidak tercampur hafazannya dengan muka surat yang sedang dia hafaz.Jika dia tidak menutupi muka surat sebelah,dia akan terhafal sekali muka surat sebelah tersebut.

Begitulah kebijaksanaan, kurniaan ALLAH pada nya. (Say masha Allah ^__^)

Sambung cerita.

Setelah dia tiba ke rumah imam waki3,dia mendapati bahwa tindakannya tadi telah memberi kesan pada hafazannya;dia telah terlupa ayat-ayat hafazannya. Dengan penuh rasa sedih dan kecewa, dia mengadu pada imam waki3.

Lalu terbitlah bait syair ini:

"aku telah mengadu kepada waki3 tentang lemahnya hafazanku, lalu waki3 berpesan agar aku menjauhi maksiat, ilmu itu cahaya Allah,dan cahaya Allah tidak masuk kepada pembuat maksiat"

*******

ini adalah cerita. mungkin banyak versi yang diceritakan,tapi bukan itu yang mahu diperdebat.


*******

Saya kagum sungguh dengan jiwa-jiwa yang bersih dan suci. Sekali jiwa2 ini tergelincir dari jalan yang lurus, Allah berikan teguran "direct" pada mereka. Allah tunjukkan kesan pada maksiat mereka.

Kita?mungkin terlalu tegar dalam bermaksiat. Terlalu banyak. Terlalu berat. Sehingga kan maksiat terasa seperti perkara biasa dan lazat. Dan tiada apa yang terjadi,tiada kesan pada kita. Mungkin kerana hati sudah keras dan hitam segelap-gelapnya. Na3udzubillah.

‎*اللهم ارحمنا بترك المعاصي أبدا ما أبقيتنا برحمتك يا أرحم الراحمين*

"Moga masih ada ruang dalam hati kita."

ye tak piqa? =)

Tuesday, July 5, 2011

Direject

cubaan pertama tasmi3 setelah beberapa purnama berhenti.

Di REJECT dan GAGAL.

baru 3 muka surat,

"tak lancar lah tim.Tasmi' lain kali,bila dah lancar. " bersopan guruku menegur.

T_T

oh,rasa sudah mengulang sampai nak muntah.

atau mungkin sahaja rasa nak muntah itu dibuat-buat agaknya.

ok takpe,
Bismillah.






Sunday, June 5, 2011

O Allah

Allah memilih dan menapis.
Tiba-tiba saya bimbang dan gelisah dengan hal itu.

Kerana hati semakin jauh dan semangat semakin hilang.
Semoga semuanya baik-baik belaka.

Tapi,jangan sangka tiada apa,
Allah Maha Berkuasa.

******
Hari-hari yang sunyi dari dia.
Mungkin dia merajuk agaknya.
Saya ingin bersama,tetapi mungkin rasa sahaja tidak cukup.
Dia mahu tanda cinta.

Bismillah.

Ya Allah,janganlah Engkau tarik kenikmatan menghafaz Al-Quran dari kami.
Ya Allah,janganlah Engkau hilangkan keinginan menghafaz Al-Quran dari kami.
Ya Allah,janganlah Engkau padamkan usaha menghafaz Al-Quran dari kami.
Ya Allah,janganlah Engkau tarik kenikmatan beribadah dan menjadi hamba Mu dari hati kami.

Ameen.

Entah apa yang akan terjadi jika tadbir diri ini diserahkan pada diri saya sendiri untuk menentukannya. Pasti saya menzalimi diri sendiri. Sedangkan fitrah yang ada sahaja sudah mahu dilawan, apatah lagi iman yang bertambah berkurang.

Allah..

Ya Rahman,kami serahkan segala urusan dan tadbir diri pada Mu Tuhan.

Tuesday, May 24, 2011

Ujian Itu Mahal

Mahal sungguh harga ujian dari Allah.
Apabila kita melihat dari sudut mana2pun,
Sedikit demi sedikit hikmahnya menjengah ke dalam hidup.

Ujian sering membawa kita selangkah pada Allah.
Sebesar mana langkah itu?
Kita sahaja yang tahu,kita sahaja yang menentukan.

Sedekat mana jiwa ini berserah pada Allah,
Maka seerat itulah rahmat Allah pada kita.

Berkata Jabir bin Abdullah R.A,
"Rasulullah telah mengajarkan kami beristikharah dalam setiap urusan kami sebagaimana baginda mengajarkan kami surah-surah dari Al-Quran....(sambungan)" H.R Bukhari

Apa2 sahaja yang terasa memerlukan pilihan, maka mintalah dari Allah bimbingan untuk membuat pilihan.

***********

Beberapa hari yang lalu,
"Balik bulan 6 la kakteh.."
Saya terkedu.

Saya terasa berat untuk membuat keputusan yang saya kira terlalu besar. Pelbagai perkara yang saya fikirkan. Saya kira keadaan sangat mendesak untuk saya segera memutuskan,tapi saya buntu dan tak mampu. Sehingga saya terlupa,Allah ada untuk hambaNya.Saya tersentak, hanya Dia yang Tahu ketika itu.

Mudah benar hamba lupa pada Tuhannya,padahal Dia yang Berkuasa. Biarpun manusia melihat ada beribu perkara yang menghalang, tapi ALLAH telah menyusun berjuta cara yang membuka ruang.Biarpun manusia menunjukkan sejuta jalan, tapi ALLAH mampu menutup seinfiniti pintu harapan.

Maka apa lagi lah daya hamba yang sering berfikir tanpa meminta pada Tuhan.
Allah..lemah dan lalai nya jiwa kami.

Sedangkan,
Allah mampu membukakan jalan apa yang disangka manusia tiada jalan keluarnya.
Allah mampu mengatur kemenangan apa yang manusia sangka akan gagal.
Allah mampu mengatur kemudahan atas apa yang diyakini manusia pasti sukar.
Allah mampu mengatur ketenangan di atas kegelisahan insan.
Allah yang mencaturkan segala urusan di dunia.
Allah yang memegang hati hamba-hambaNya.

Apa yang kita sangka sering salah,kerana hakikat Nya,Allah yang Berkuasa.
Kita sangka kita sudah cukup mengetahui,sedangkan Allah ada rancangan hebat yang menanti.

Rancangan disusun penuh harapan,
Namun jauh di sudut hati,
Tawakal pada Tuhan,
Moga langkah diiringi rahmat dan berkat dari Nya,
Dipermudahkan segala urusan,
Hati penuh bimbingan.

Sungguh,bila keyakinan bertapak,
Langkah dimulakan,
Allah benar-benar bukakan jalan,
Menjalar ketenangan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman

Saya tahu tidak cukup,tapi,
Alhamdulillah,
Terima kasih Tuhan!

Saturday, May 21, 2011

Rasa yang hilang

Terlalu banyak perkara yang dah berlaku.Saya tidak mahu menjadi hamba Allah yang menganggap semuanya sebagai kebetulan.Pasti ada perkara yang hendak Allah tunjukkan.

Hamba kepada Tuhan yang Maha Agung, tidak sama seperti hamba kepada tuan,yang juga seorang manusia.

Saya perlu sedar bahawa saya adalah hamba kepada Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam.Maka,segala kejadian,fenomena dan apa juga yang dianggap kebetulan,ia bukan kebetulan.Ia dalam kehendak atau iradah Allah S.W.T.

Tidak sama jika hamba membuat tuannya marah,tetap tiada kuasa tuan terhadap kejadian alam yang berlaku pada si hamba.Si tuan hanya mampu memarahi,memecat,menghukum si hamba secara berhadapan.

Tapi,saya hamba Allah, ketinggian dan keagungan zat Allah tidak melayakkan saya bertemu dengan Allah walaupun untuk dimurkai olehNya.Melainkan dengan rahmat kasih-sayang Allah yang memilih di antara hamba untuk bersua dengan Nya di akhirat kelak.

Maka,saya perlu lihat sekeliling,renung hari-hari yang berlalu, segala ujian,segala masalah, segala sesaat yang ditempuhi adalah ditadbir oleh Dia.

Saya tidak mahu memejam mata ,bimbang kelak, telinga akan turut tertutup. Saya tidak mahu menutup telinga,bimbang kelak lidah bakal kelu.Saya tidak mahu membiarkan lidah kelu,bimbang kelak,hati yang akan buta dari melihat semuanya dari pandangan hamba Tuhan yang Berkuasa.

Nikmat
Ujian
Gelisah
Tenang
Sakit
Sihat
Susah
Senang
Jatuh
Bangun
Ingat
Lupa
Dosa
Pahala

Semua bukan kebetulan,
Bukan wahai hamba,
Ambillah pengajaran,
Agar kelak jika ajalmu tiba,
Kau mampu tersenyum,
Mengetahui keindahan alam di sana,
Bersedia sepenuh jiwa,
Tak sabar,
Bertemu Tuhan dalam cinta!

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati mereka dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya,bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta ialah hati di dalam dada"Al-Hajj:46

Tersentak dari lamunan panjang.

Bismillah,

Ya Allah,kami memohon petunjuk dari Mu, bimbinglah hati-hati kami yang mencari hidayah Mu,Agar kami tidak terus lalai dari mengingatiMu,agar kami tidak mencampur adukkan perkara yang hak dan yang batil,agar kami tidak dikaburi oleh syaitan yang menghias segala dosa2 kami, agar kami segera kembali kepada Mu apabila hati telah jauh, agar redha Mu sentiasa menjadi buruan kami,agar langkah kami sentiasa dalam berkat dan kasih-sayang Mu wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.

Amin.

".....Maka barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya" Al-Kahfi:110

Syukur.Kurnia Nya.

Tuesday, May 10, 2011

Noktah

Saya berfikir-fikir.

Saya tertuju-tuju dan terburu-buru.Kalau boleh saya mahu laju berlari ke arah helaian yang terakhir itu. Allah, sungguh hamba Mu ini tergesa-gesa.

" Fatrah menghafaz al-quran ini adalah lebih indah dan bermakna dari fatrah yang dilalui oleh seorang hafiz al-quran"

Saya tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Tidak mengiyakan dan tidak menafikan. Kerana saya belum melaluinya. Sungguh, manusia itu ingin sahaja fatrah dan fasa demi fasa dilepasi dengan mudah tanpa menyangka bahawa dia akan diuji lebih berat dalam fasa yang seterusnya.

Saya juga begitu.Ingin segera 'pecut' ke fasa itu.Tapi pastilah ujian lain yang akan menanti saya dalam fasa itu.

Saban hari,jauh di sudut hati saya mahu memencilkan diri dari dunia. Belajar mengenali Allah yang mencipta jiwa ini. Belajar ilmu Islam yang mengangkat martabat manusia .Belajar hakikat
hamba yang sebenar-benarnya. Mungkin kadang kala saya letih dan berperang dengan jiwa.

Tersenyum pahit,ia tidak semudah itu. Biarlah saya belajar mengenali Allah dan manusia juga. Belajar mengambil dunia hanya sekadarnya. Belajar meletakkan dunia di tangan bukan di jiwa. Belajar agar akhirat tidak kurang 'portion' nya.

Tersenyum kelat, ia juga tidak semudah itu. Sesekali, saya belajar setelah gagal meletakkan dunia di tempatnya. Belajar setelah terlalu mengenali manusia lebih dari Pencipta. Belajar setelah mengutamakan perkara tidak sepatutnya dari redha Nya.

Teringat kepada sheikhah saya yang sering saya perhatikan tindak tanduknya.

Dunia hanya sekadarnya
Zikir tidak kira masa
Al-Quran pengubat jiwa
Nafsu tidak menjadi raja
Nasihat lancar di mulutnya
Solat melancar urusan dunia
Cinta Dia yang utama
Redha Nya tujuan segala
Namun,
Masih lagi berkata
"Aku lebih berdosa"

Mana harus saya letakkan wajah ini, sedang dia yang asyik bercinta dengan Nya lebih rasa hina dari yang sepatutnya merasa.

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Saturday, April 23, 2011

Pilihan Di Tangan.Beban Ke Lengan.

Melihat buaian.
Seorang budak kecil,berlari-lari menuju ke arah 'keseronokan' itu.
Terus duduk dan mengayun dirinya sendiri di atas buaian.
Seronok.

Melihat buaian.
Seorang dewasa,berjalan tenang ke arah 'buaian' itu.
Dia tidak duduk, tetapi meneliti.
Melihat atas, "kukuh atau tidak buaian ini?"
Melihat di atas tempat duduk buaian, "eh,basah lah.hujan semalam"
Melihat kiri dan kanan, "nampaknya rantai besi buaian ni dah haus"
Melihat sekeliling,"oh,ramai lagi budak2 yang nak main, mereka lebih patut bermain dari aku"

Dia tidak duduk, lantas memanggil kanak-kanak yang sibuk berebut buaian lain.
Matang.

***********
Untung menjadi kanak-kanak, tidak perlu berfikir panjang.
Tapi, selaku seorang yang dewasa, kita lebih berfikiran luas.
Melihat sesuatu dari keseluruhan aspek yang terlibat.

Saya umpamakan buaian itu sebagai tanggungjawab.
Seorang yang matang,akan duduk sekiranya dia telah menilai seluruh aspek kemampuan dirinya.

1.Memandang ke depan, dia melihat masa hadapan dan cita-citanya yang ingin dikejar.Apakah dengan menggalas bebanan dan tanggungjawab itu,dia akan terus mara ke hadapan, menggapai cita-cita nya?Atau dia akan terkandas,sekaligus mengecewakan harapan agama,keluarga,masyarakat,dan negara?

2.Menoleh ke belakang, dia menilai, pengalaman dan kemampuan diri yang telah dia lalui selama ini,adakah membolehkan nya memimpin dan menerima amanah itu?Atau dia masih mentah, dan tidak mampu memimpin?Atau dia yakin bahwa dirinya cepat belajar menjadi seorang pemimpin?

3.Melihat ke kiri dan kanan, dia sedar, bahawa dia telah meletakkan matlamat dan visi dalam hidupnya,yang ingin dicapai selama dia berada dalam situasi yang membolehkan dia mencapai matlamat tersebut.Adakah dengan memikul tanggungjawab atau jawatan itu,dia mampu meneruskan langkah mencapai apa yang dimahukan?Atau dengan bersetuju memikul beban,dia akan terlepas salah satu,atau kesemuanya sekali?Dia gagal mencapai matlamatnya? Lantas merugikan diri?

4.Melihat ke sekeliling, dia meneliti keadaan masyarakat yang akan dia pimpin.Bagaimanakah mentaliti,dan anggaran masyarakat yang akan dia pimpini kelak?Adakah dengan dia menaiki kerusi pimpinan,dia akan membawa kebaikan dan maslahat kepada masyarakat?Atau sebaliknya,dia akan menzalimi semua orang,akibat menerima tanggungjawab dalam keadaan tiada persediaan dan kemampuan?

Dia juga menilai, adakah orang-orang sekeliling berlapang hati dengan dia selaku penerima tanggungjawab itu.
Keluarga?Sahabat-sahabat? Serumah?Sekuliah?Sefikrah?Seakademi?Semedan jihad?

Akhirnya, dia perlu tahu bahawa amanah itu berat. Jika dia menerima ,dia perlu tahu bahawa dia bakal disoal kelak di akhirat, apakah dia telah melaksanakah amanah tersebut dengan benar, atau dia khianat dengan taklifan itu. Yang ini benar-benar perlu difikirkan.

Setelah menilai semua aspek yang berlainan dari individu ke individu yang lain, dia sampai kepada satu kesimpulan.

Jika semuanya positif,dia mara dan menerima.
Jika tidak, dia diam dan menarik diri,tetapi perlu terus memberi sokongan buat penerima tanggungjawab yang baru.

Yang pasti,sejauh mana pun kita menolak,jika ALLAH takdirkan kita untuk memimpin, pasti itu yang terbaik dan yakin sahaja Allah akan membantu kita.

Yang pasti,sejauh mana pun kita mahu, jika ALLAH takdirkan untuk tanggungjawab itu dipikul oleh orang lain, pasti itu yang terbaik, dan yakin sahaja Allah akan membantu penerima tanggungjawab itu.

Allah Tahu.

Friday, April 22, 2011

Taut

Saya rindukan mereka.
Terlalu.
Tidak tahu mengapa, kerana di saat2 sebegini,
Saya perlukan semangat itu.

Pernah dahulu, saya jatuh,mereka hulurkan tangan untuk saya kembali berdiri.
Dan saya pernah menghulur tangan buat mereka bangun dari tergelincir.

Tapi saat2 itu semakin jauh.
Saya langsung tidak menyalahkan sesiapa.
Saya yang tidak membantu.
Maafkanlah.

Tapi saya,rindu.Terlalu.
Pada sahabat2 sejalan menghafaz quran.
Mereka bukan sefikrah, mereka bukan sekuliah, mereka bukan sedarah, bukan.
Tapi Allah telah letakkan satu rasa yang menghubungkan hati-hati kami.
Rasa yang kuat,tak mampu untuk saya berjauh dengan rasa itu.
Ya ALLAH..

Izinkan kami thabat di atas jalan ini.
Dan temukan kami di syurga dengan rahmat dan kasih sayang Mu.

Wednesday, April 20, 2011

The Finishing Line

Modal tasmi3 dah nak habis.

Petanda tak baik ni.

Momentum semakin slow lah maknanya.

Takpe,teruskan berlari.(Jangan berlari setempat)

"Maka MahaTinggi Allah,Raja yang sebenar-benarnya.Dan janganlah engkau (Muhammad)tergesa-gesa dengan Al-Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu,dan katakanlah, "Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu kepada ku" "Taha:114

Apa yang termampu lah.

**************
Gen 6 punya sistem memang mantap. Kena ulang satu juzu',tak boleh salah lebih dari 3 , baru boleh naik juzu' seterusnya. Barulah mashi sikit. MashaALLAH. Kami senior2 gen 5 ni memang kagum dengan semangat juhud kalian.Kalau kami lah, entah2 bila lah nak naik juzu' kalau tak boleh salah lebih 3.(Bersyukur.)

Gen 5 pulak baru je bermula, kena ulang 5 mukasurat yang lama sebelum tasmi3 yang baru. Itupun kami dah bising2 sebab susah. Itulah, asyik nak main je,nak senang lenang je. Tapi kemanisan nya, kita akan rasa nanti, saat al-quran itu kita pegang(Ameen ya ALLAH).
Nasib baik(ke nasib buruk) kakbi memahami kami dan memberi kelonggaran, tak buat macam gen 6 tu. Kalau tak, kelas tasmi3 pun senyap sunyi aje agaknya, takde orang yang nak tasmi3.
Boleh pecut!Tinggal kita je nak ke tak.

3la kulli hal, Alhamdulillah lah.
Apa yang Allah letakkan kita di dalamnya, situasi yang Allah biarkan kita menghadapinya, bukan saja2. Pasti itu yang terbaik untuk setiap kita. Jadi, yakin jelah. =)

Ini yang kena ulang 5 page ni pun, berpeluh keringat juga nak mengulang. Semua orang bising,mengadu kata susah. Saya pun sama jugak. Memang susah, tapi seronok lah bila yakin sikit dengan hafazan sebelum ini. Kalau tak,lepas tasmi3 terus je tinggal macam tu. Tak ulang2 dah.(isk3..)

Ok, selamat lah semuanya. bibot ajak belajar baca kitab.niat tu ada, tinggal usaha je.

Sunday, April 17, 2011

Disguise

Sehari, dan berhari-hari.

Terus sahaja bertahan.

Sesekali,dan berkali-kali, gagal.

Namun kembali tersedar dari lamunan.

Yang segalanya bukan seperti yang disangka.

Tak mahu jatuh lagi.

Indah luaran, tapi menambah tanggungan beban.

"Setiap yang bernyawa akan merasa mati, dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian,dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."Al-Anbiya:35

Moga Allah beri kekuatan.

Tiba saat itu yang penuh keredhaan dan keagungan cinta Tuhan.

Moga terpahat,dan terus sahaja di ingatan.

Al-Quran.

Monday, April 4, 2011

AYAH IBU



Ayah ibu,

Ampuni dosa kami semua..

Ayah ibu,

Doakan kami dunia dan akhirat..

Ayah ibu,

Semoga ALLAH tinggikan darjat mu..

Ayah ibu,

Belaian mu masih ku terasa,

Ya Allah tempatkan mereka di syurga..

Kami cintakan Allah,

Kami cintakan rasul,

Kami sayangi ayah,

Kami sayangi ibu.

************

Ya Allah, tempatkan mereka di syurga bersama mahkota.

Di mahligai,kumpulkan kami bersama.

Amin ya rabbal 3lamin.

Kalian yang membaca,mari amin kan juga untuk ibu bapa kalian semuanya.

Amin.

Thursday, March 31, 2011

Rapuh.

Keluh.


"salam.kakbi,nak tasmi3 harini boleh?"


"Wsalam. Ya Allah. Akhirnya Allah dengar rintihan hati kte. :'(

ahlen ya ghaliyah. wonder jgak,igt tim dah tak nak tasmi3 kat kte. Kat mana skrg? Bila nak tasmi3?"


....................


Jarang sekali saya tak menyedari.

Pasti ada silap.

Ya Allah,

Kembalikan rasa dalam diri.

Rapuh sungguh.

Hanya Kau yang memahami.


Az-zumar:53-56


"Katakanlah:Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."


"Dan kembalilah kamu pada TuhanMu,dan berserahlah diri padaNya sebelum datang azab kepadamu ,kemudian kamu tidak dapat ditolong."


"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepada mu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepada mu secara mendadak,sedang kamu tidak menyedarinya."


"Agar jangan ada orang yang mengatakan"Alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku (dalam menunaikan kewajipan) terhadap Allah dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolokkan (agama Allah)"


Al-fathir:32


Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami,lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri,ada yang pertengahan,dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar.


Get a grip to yourself. A strong one.


.Syukran kakbi.

Monday, March 28, 2011

"Tanggunglah sampai mati!"

"Korang yang nak hafal quran, tanggunglah sampai mati."
Terkedu. Memang betul apa yang terkeluar dari mulut seorang sahabat saya yang telah tamat hafazan 30 juzu'nya.

"Orang selalu bagi alasan, bila balik Malaysia susah nak menghafal lah ape lah,takde masa nak mengulang lah, tapi cuba korang fikir semula, nanti bila kita dah grad, kita pergi mana? Balik malaysia kan? takkan kita nak bagi alasan yang sama sampai bila2?sedangkan malaysia tu lah tempat kita akan pulang nanti?"
Tepat sekali kata-kata sahabat saya ini. 100% terkena batang hidung kami.

"Siapa yang tak mahu datang kelas tasmi' ke apa ke, biarkan jelah. Malas nak kejar."
Lancar sahaja sahabat saya bertutur, memberi "tamparan" pada kami.

Siapa yang mahu menghafaz al-quran pada awalnya? saya? kalian? atau guru tasmi3?
Siapa yang boleh paksa kita menghafaz al-quran?
Siapa yang paksa anda supaya mahu menghafaz al-quran?

Mustahil anda boleh memaksa saya menghafaz jika saya tak mahu.
Mustahil anda yang memaksa saya supaya mahu menghafaz al-quran.
Mustahil anda boleh membantu "melekatkan" satu page quran dalam ingatan saya tanpa kerelaan dan kemahuan saya.

Saya bukan apa, cuma berfikir.

Satu masa nanti,
"Jika saya malas,saya rugi.
Saya tidak menghafaz sehari,saya terlepas satu muka surat.
Saya tidak mengulang,saya lupa.
Saya ponteng kelas tasmi3, saya yang hilang semangat.
Saya nyorok2 tanak tasmi3, saya rugi berapa mukasurat untuk satu minggu.
Saya tak datang majlis ilmu yang bermanfaat sebab nak balik rumah berehat, saya menolak rahmat dan ketenangan dari Allah.
Saya datang kelas tasmi3 tanpa modal, saya down.
Saya buat benda2 tak elok, hati saya semakin jauh dari Allah, saya SUSAH menghafaz quran."

Jika saya sering mengharapkan bantuan dari orang lain,dari guru tasmi3,dari rakan se"gen", dari kawan se "sheikhah" , se"fikrah" se"kuliah" se"rumah" se apa2 sahaja, pasti perkara itu ada limitnya. Ingatkan diri sendiri bahawa tiada siapa boleh membantu jika kita yang tak mahu.

Satu masa nanti,jika saya terlalai dari mengingati Allah,mungkin perkara ini yang akan terjadi.

"Satu page yang dulunya 15 minit, jadi sejam. Itu pun tak lekat.
Satu page yang dulunya mengulang untuk tasmi3 sangat mudah, jadi mcm memantul2 dari otak. Dulu mengulang main2 pun boleh ingat, sekarang mengulang stress2 pun tak boleh lekat.
Dulu balik dari kelas tasmi3 dengan senyuman puas hati, sekarang jauh hati dengan diri sendiri. Paling parah,apabila niat menghafaz al-quran itu lari dari hati,mengasingkan diri."

Yang sebenarnya, ketika itu, saya,kalian atau sesiapa sahaja,
Mungkin jauh dari pemilik hati.
Mungkin jauh dari cinta Ilahi.
Mungkin jauh dari Yang Maha Suci.
Mungkin semua berlaku tanpa disedari.
Akibat dunia merajai hati.

Allah.Allah.Allah.
"Tunjukkan kami jalan yang lurus." Al-Fatihah:6

".....Ya Tuhan kami,Berikanlah kami rahmat dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" Al-Kahf: 10

"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau palingkan hati Kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu.sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." Ali-Imran:8

- Mari doakan supaya Allah kurniakan guru-guru kita kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat terutamanya-

Sheikhah Umaimah.
Sheikhah Ummu Mar3ie.
Miss Nabilah Mohd Yaakob.

=) Amin.

Saturday, March 26, 2011

IKRAM (PART II)

rasa nak menulis lagi.

kata mak,

"Ikram ni lain betul lah. Yang lain semua dulu isi borang senyap je.Kakteh isi borang pun diam je, tiba2 dah dapat dah pun, Tapi ikram ni, tengah2 isi borang,kejap2
"MAK!! EMEL MAK APA?
"MAK!!BERAPA GAJI?
"MAK!!
"MAAK!!
"MAAAAAK!!

hahahaa.gelak sungguh2 dengar mak cerita. macam2 la ikram ni.

tahu je dia memang jenis macam ni.hahah.kelakar.

abah kata ambil pharmacy, dia nak ambil pharmacy.
emak kata dentist, dia nak dentist.
kaklong kata jangan amik medic, dia taknak medic.
kakteh kata dentist,pun dia setuju juga.

haih. penat melayan dia.

Tapi sempat juga dia cakap dengan saya.

"mak kata amik dentist. Kram nak amik dentist kat jordan,nanti boleh jumpa kakteh!"

saya pun apa lagi
"haaa! amik2! amik dentist jordan kam. nnt awak ngan kakak dekat jordan same2 .seronok...."

"haa..cmtu kam amik lah dentist!"(semangat pulak dia.)

"aah,best. kat sini nnt soalan dia semua MCQ je.. senang.."(senang la sangat T_T)

"Betul ni kakteh,kam amik dentist?nanti boleh sekali dengan kakteh"
"eh eh eh(tiba2 saya risau n ragu2) Betul ke kam? "
" laaa,tadi kakteh yg suruh amik. tiba2 tak jadi pulak?"
"ada je kram,kawan2 kakteh takde basic arab kat sini.ada yg terer ckp arab pun ada.Budak2 RMC pun ada kat sini.."
"Oh,RMC ada?! amik course apa?
"dentist,sama dengan kakteh..lagipun,nanti awak boleh teman kakak g haji! hehe."

dahulu, mak saya yang asyik berkata "dentist la kakteh."
lama2,timbul minat dan terus je ambil dentist. senang.
tapi,mungkin kerana ikram ni dah pening,susah sikit dia nak buat keputusan.

Banyak lagi borang yang dia isi. Bank Negara (dia pergi isi Islamic Banking -Jordan (sbb excited boleh sama jordan dengan kakteh dia). Haish. -.-''
Saya bukan apa,cuma islamic banking sini dalam bahasa arab.
Adui.

TNB, Malaysia Airport, Petronas, Khazanah,Telekom,semua nak pulun. (biasa la tu.)
Kalau ada rezeki alhamdulillah,tapi sekurang2 nya dah mencuba ye dok.

Saya cakap dengan mak

"Kalau Jpa tu, isi borang dia boleh pilih,dentistry timur tengah or dentistry je. Tapi takut juga kalau ikram isi yang timur tengah, kena tolak sebab dia tak ambil arab. Jadi, isi jelah yang umum tu. Ada je adik2 kat sini yang takde basic arab dpt jordan.Nanti kram duk sini,kakteh boleh jaga dia.(gelak2) kakteh nak g haji dengan dia(kali keberapa entah ckp)"

haha. seronok pulak. Tapi dia belum lagi buat pilihan betul2. Borang Jpa belum berisi.

***************************
Saya ada melihat beberapa pro dan kontra untuk adik saya datang ke sini.

pro:
1.Suasana dan biah solehah masyarakat arab itu sendiri.Walaupun ada juga yang kurang elok.
2.Suasana,tarbiah,biah solehah dan dakwah yang dibawa oleh PERMAI dan masyarakat melayu di sini.
3.Mudah mahu ke masjid, saya memang mengharap ikram akan jadi seorang yang ringan kaki dan hati untuk ke masjid.Terutamanya syabab2 di sini yang MashaAllah dan inshaAllah rajin ke masjid, boleh bantu membentuk adik saya sekali.
4.Supaya ikram dapat belajar al-quran dengan makhraj dan tajwid yang betul
5.Belajar bahasa arab. Kalau tak banyak pun,sikit inshaALLAH.(sebab dia takde basic arab.)
6.Saya sedikit sebanyak boleh bantu dan ajar dia dalam apa2 walaupun takde lah pandai sgt dlm bab al-quran,bahasa arab, pelajaran, dan sebagainya.Saya boleh jaga dia!(ke dia jaga saya?dua2 kot.)
7.instead of dia pergi ke negara2 yang kebanyakan pelajar melayu di sana bukan berlatarbelakang sekolah agama, lebih baik dia duduk dalam suasana di jordan ini.(tidak pernah saya katakan kita lagi bagus atau apa,tetapi lebih kepada kerisauan saya dari pandangan kakak pada adik)

dan perkara2 kontra ini saya tak tahulah betul ke tidak. mungkin lebih kepada kerisauan kakak pada adik.

kontra:
1.Clinical years tanpa basic arab?(sy tahu boleh diatasi tp sy bimbang sebab dia adik)
2.Pre-clinical years yang ada juga subjek yang lecturernya mengajar dalam bahasa arab. (Juga boleh diatasi tapi sy risau sebab dia adik)
3.Expectation dia terhadap keadaan di sini akan menjadi sebaliknya. Bimbang jika dia mengharap yang mudah2 ,tapi apabila situasi sebenarnya tidak begitu, dia akan kecewa.

Kesimpulannya, saya bimbang juga jika saya mempengaruhi dia membuat keputusan, dan jika dia memilih jordan,tiba2 ada perkara2 yg sukar di sini, pasti saya merasa bersalah dan bimbang dia kecewa.

Yang saya tahu,dia memang tak kisah course apa2.
Mechanical engineering pun dia isi utk tnb,dan sebagainya.
Takpelah,mohon Allah berikan yang terbaik untuk ikram.

Sempat lagi dia bertanya saya
"Kakteh balik bila?"
"Bulan 8 inshaALLAH.Kenapa?(musykil)"
"Belikan hadiah!!"

huhu.sekali sekala.
Adik saya ini memang jenis yang penjimat. Ayah saya bagi duit belanja untuk ke asrama, bulan seterusnya dia pulang, jumlah yang hampir sama. (?!!!)
Saya pun pelik. Mak abah pun pelik juga.

Abah nak tambah duit, dia kata "tanak..kram dah ada.. cukupp.."(sambil tangan dia buat gaya tak mo)

mewarisi abah sikit2.jimat.
Jadi,rasa nak juga kasi dia hadiah.

Kesimpulannya.
Mak kata
"Istikharahlah!"

Senyum. =)

Mohon yang terbaik untuk adik tersayang. Amin.

IKRAM

bahaya sikit tajuk ni.
tak tahu kenapa.tapi rasa bahaya.
Ikram adik bawah saya, yang kelima.

Alhamdulillah, keputusan SPM ikram cemerlang.
9a+, 1a

ape yg tak dapat a+ tu? akaun.

"Lorr,kram, cmne la awak boleh dapat akaun A je ni?"
"ala,ok la tu. A tu sama dengan a1 tau. Kakteh dulu dapat a1 je jugak. "

aik?saya jugak yang kena balik? -.-''

Dia ambil akaun sebagai subjek tambahan,ala2 EST yang boleh didrop.
Dia tak ambil EST, instead dia ambil akaun.

Itulah,konon2 nya nak ambil course accountancy (sebelum result keluar)
Tiba2 bila dapat A je, lemah dah semangat dia.
Padahal A jugak tu.
Bukan nya senang2.
Tapi agaknya sebab subjek lain dapat plus, jadi rasa pelik kot kalau dia ambil course yg tak dpt plus.

"Awak jangan amik medic kram, nnt awak jadi nerd. Rambut beruban (?)" huhu.
"Kram memang tanak amik medic pun."

Mak abah yg pling penting sekali, biasiswa lah.

Taip2 sms dekat mak.
"Mak,ikram nak ambil course apa?"
"Kakteh pilihkan. Ikram tak kisah"

adui. (=_+) saya dah agak. Ikram memang mcmtu.
like younger brother,like elder sister.
Dulu2 pun saya mcm tu juga. Tak tahu nak ambil apa.

"sains sosial?"
"sains sosial kerja apa?"

sempat lagi saya dekat tengah2 meeting karisma tanya dekat ajk2 dan ketua helwi sekali.
"err..kalau sains sosial kerja apa eh?"
diorang cakap,
"tak tahu.(sambil angkat bahu dan geleng2 kepala)"

Dalam hati,aiseh.mesti cdgn ditolak ni.Pandai2 nak cadangkan sains sosial tapi tak tahu apa2.

"Hehe.Tak tahu la mak.Ada kawan kakteh kata akaun kena score betul2. Pakcik dia amik akaun 6 tahun menganggur"
(Maklumat diperoleh dari s/u Karisma. haha. serba boleh sungguh ajk2 ku.)

"Kalau ikram amik dentist macam kakteh?"

Wah,excited saya baca mesej ni.
"haaa..amik2. boleh datang jordan.kat sini belajar dalam english je jugak"
"tapi dah ada 2 orang MARA(sy dan kaklong MARA Scholarship holder), kalau JPA hntr europe la kan? ikram tak ambil bahasa arab susah la sikit nak dpt jordan"

Aiseh.kecewa dah.Baru ingat nak pergi umrah ke haji ke dengan ikram.
(konon2 simpan harapan tinggi melangit)

"Takpe la.europe pun best. Ramai lecturer kakteh kat sini graduate sana. Semua bagus2"

Conversation stop.
No reply.

Excited juga ikram nak ambil dentist. Hehe. Ada geng. Boleh borak2 sokmo pasal gigi.
Jadi geng la kite nanti.

Tapi ikut plan asalnya nak setiap orang bidang lain2.

Kaklong Medic
Kakngah ICT
Bangman Engineering
Kakteh dentist
Ikram? business ke ,economy ke,apa2 la bidang lain.
Ijah?Tak tau la yang ni belum tunjuuk minat apa2 lagi. Blogging?facebook? huhu.yg tu pulak dah minat dia.
Yan? ustaz al-hafiz? ameenn.. (dia pernah kata nak jadi pemain chess handalan. Haish. susah betul nak doktrin adik2 ni. (=.=')

Tengok la dia ambil apa nanti. Borang JPA dah nak tutup. (ke dah tutup?)
Mesti ada punya tu. InshaALLAH. Kalau ada rezeki.

Doakan lah ya.

Sunday, March 20, 2011

Iman Mengetuk

Sekian hari berfikir.
Mencari-cari di mana tempat letaknya akhirat di hati.
Di tangga keberapakah dalam berjuta tangga dalam hati saya utamakan Allah.
Berapa banyakkah tangga itu berisi dunia dan permainannya.

Seringkali dia tertanya-tanya,

****
"Bagaimanakah seseorang yang memegang jawatan apa-apa, seperti ahli jawatankuasa program itu dan ini, sebagai pemegang biro dalam persatuan itu dan ini,diberi tanggungjawab menguruskan itu dan ini,

satu ketika dia merasakan semuanya membiak terlalu cepat, dan menimpanya sendiri.
Ketika dia menerima taklifan dan amanah itu, niatnya untuk membantu kerja-kerja Islam, walaupun tidak secara direct,dan memang perlu dicari sedalam2 nya apakah kaitan dengan islam?

Dan juga dia tahu memang setiap perkara yang dilakukan kerana Allah itu adalah menguntungkan kita sendiri,

Tapi saban hari, dia merasakan masanya habis. Tenaga nya hilang. Bukan itu semua yang dikesalkan, tetapi apa yang berlaku di sebalik itu.

Malamnya tidak lagi diisi oleh sujud dan qiam kerana tidur lewat.
Siangnya berat untuk berpuasa kerana letih bekerja.
Mulutnya kaku untuk membaca al-quran kerana sudah banyak bercakap.
Niat asalnya menerima taklifan mula goyah.

'apakah kaitan kerja2 ini dengan islam?'
'apakah yang aku dapat?'
'adakah Allah redha dengan kerja2 ini?'

Benar sekali, orang yang kuat pasti menolak semuanya ke tepi, terus sahaja seperti saidina umar yang menjalankan tugas khalifah di siang hari, menjadi abid di malam hari
dan memang sepatutnya dia begitu.

Tetapi, dia lemah,dia manusia biasa,dia sering terjatuh, bukan mudah untuk dia bangun selepas itu, imannya tidak sekukuh mana.

Dia mula merasakan 'kerja-kerja dunia' ini mengisi hatinya, mengambil masanya dengan Allah.

Sekali lagi, benar jika diniatkan semua kerana ALLAH, dia tahu takkan rugi. Namun, dia lebih mengetahui keadaan dirinya sendiri. Jiwanya kosong kerana semua beban ini.Imannya sakit.Rohaninya lemah.

Dia sangat perlu masa untuk dirinya sendiri, bersendirian dengan Tuhan Rabbul 'Izzah, namun segala bebanan kerja ini meletihkannya sehingga dia tidak mampu lagi memperoleh kehidupan indah bertuhan satu ketika dahulu.

Dia keliru. Dia mula sukar mengaitkan segala kerja dengan redha Allah. Dia tidak sedap hati, kerana imannya asyik mengetuk2 jiwa, inginkan dia yang dulu. Imannya meronta-ronta mahukan pengabdian pada Allah yang lebih dari itu.

Dia musykil. Sedangkan segala kerja yang dilakukan adalah kerana Allah, tapi mengapa begini pula jadinya?pasti ada petanda dari Maha Agung.

Sedikit sebanyak dia menanam tekad, tidak mahu lagi menerima kerja, bukan kerana tidak mahu memudahkan orang lain, bukan dia tidak tahu hadith yang mengatakan Allah pasti membantu hambanya selagi mana hambanya mahu membantu saudaranya, tetapi dia lebih tahu ada sesuatu yang lebih besar dari itu yang perlu dia utamakan sebelum segala-galanya, iaitu hubungan dengan Allah.

Tetapi oleh kerana taklifan ini dilihat menjauhkan dia dari Allah berbanding dirinya yang dulu, dan sedangkan yang dahulu pun dia rasakan kurang, apatah lagi kini, terus sibuk tanpa mengetahui tujuan semuanya.Jadi,dia mula membulatkan hati untuk cuba menolak apa-apa yang datang selepas ini.

Kalau dahulu,dia berlumba-lumba untuk menjadi abid,tapi kini, ada perkara lain yang dia lakukan,malahan perkara itu mengambil masanya,melemahkannya untuk berlumba.

Dia tidak mahu kalah dalam perjuangan menuju Allah.Ah,sungguh dia keliru."

****
Luahan hati seorang sahabat.
Bagaimana mahu membantu dia?
Sedikit sebanyak ada benarnya.
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah permainan dan senda gurau.."
al-hadid:20
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat ampunan dari Tuhan mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi..." al-hadid:21

Saturday, March 19, 2011

Sebelum Terlena

.Sebelum Terlena.

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimuti diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Munsyid:Hijjaz
****

Mujahadah semua hamba
Sering terlalai dengan nikmat dunia
Lantas terlupa temujanji dengan Tuhannya
Allah mahu memberi makbul dan pengampunan
Siangnya berdosa,malamnya terleka

Pohon ampunan dari Allah dalam waktu yang Dia terlalu dekat dengan hambaNya
"Menanti" permintaan dan taubat hambaNya untuk diterima
Malu lah wahai hamba
Lemah sungguh jiwa
Rapuh nya cinta
Tapi mahu ke syurga
Bertemu melihat TuhanNya
Angan yang sia-sia

Thursday, March 17, 2011

Orang2 beriman saling menguatkan.

aminah terus berjalan.
terasa kosong hari ini.
berita yang diterima sebentar tadi seolah2 menghancurkan hati nya, dan menggoyahkan keimanan nya yang dikira tidak seberapa.

"Min, ayah sakit sekarang. Kalau min boleh balik sekarang, baliklah. Ayah asyik sebut2 nama min je dekat hospital."

"Hah?Sakit apa abang?" Min separuh menjerit kerana suara rakan2 sekuliah menenggelamkan suara kecilnya.

"Takde apa sangat. Tapi kata doktor, mungkin ayah terpaksa ditahan di wad beberapa minggu.


Min terdiam. Hatinya lantas berdoa. "Ya Allah, berikanlah aku kesempatan berbakti buat ibu bapaku sementara mereka masih hidup. Panjangkan lah umur mereka dan berikanlah kesihatan buat mereka. Penuhilah hidup ibu bapaku dengan perkara2 yang Engkau redhai dan ampunilah dosa2 mereka ya Allah.."

Setitis demi setitis air mata nya gugur,segera di sapu. Mengharap rakan2 tidak perasan akan kesedihannya itu, dia segera ke tandas, membasuh muka nya.

"Ah, aku kuat. Mana mungkin berita ini membuat aku lemah. Bertahan min." Monolog dirinya. Tanpa disedari ,air matanya terus gugur. Segera dilap.

Dia seorang yang memendam rasa.Tidak pernah masalah2 nya diceritakan kepada rakan2, apatah lagi dia seorang pimpinan. Dirasakan seperti ada tembok yang besar dalam dirinya, yang menjadi penghalang untuk dia 'tampak lemah' di hadapan rakan2nya. Bagi Min, jika dia mengadu pada rakan2, dia seolah2 membuka pekungnya sendiri.

Dia tidak tahu tanggapannya itu benar atau tidak,tetapi dia kuat berpegang padanya.

Ramai rakan2nya terus sahaja datang padanya sekian hari,untuk berkongsi dan meminta nasihat daripadanya, kerana dia nampak kuat dan tabah.Tanpa masalah.


Dan dia terus terusan bersedia untuk mendengar dan memberi nasihat untuk masalah2 yang diadukan padanya.

Kini, Min terasa kosong. Dia terasa seolah memerlukan seseorang untuk bercerita, namun sebahagian dari dirinya berkecamuk, pantas menafikan perasaan itu. Dia cuba menanamkan semangat bertabah dalam dirinya. Terus kuat.

Seminggu berlalu, dia semakin murung. Berita demi berita dari Malaysia yang diperoleh menduga hatinya. Ayahnya semakin tenat.Dia ingin melepaskan segala bebanan jawatan dan kerja yang dipegang. Kini, dia terasa lemah untuk berdiri dan berhadapan dengan sahabat2 yang dahulunya mendambakan nasihat dari Min, seorang yang kuat.

Dia sering berkurung di dalam biliknya seorang diri. Panggilan telefon tidak berjawab. Dia hanya menunggu panggilan dari ahli keluarganya.Kalau dahulu, dia ada sejuta dan berjuta alasan untuk menahan dirinya dari menangis jika ditimpa masalah.Kini, air mata seolah jadi mainan buatnya.
Allah mengujinya pada bahagian terpenting dalam hidupnya, ibu dan ayah. Mereka seolah sebahagian dari dirinya. Dia belum bersedia untuk hidup sendiri tanpa mereka.


Jauh di sudut hatinya,dia tahu dia tersalah erti tentang ketabahan. Dia sentiasa meletakkan Allah tempat pertama dalam setiap perkara, namun banyak perkara yang dia terlepas pandang. Konsep ukhuwah,konsep mukmin itu bersaudara, saling menguatkan.Dia tahu walaupun Allah adalah sebaik2 tempat untuk dia mengadu, yang paling agung, Pengasih lagi Penyayang, yang Memahami walau tanpa aduan hamba, namun, tiada salahnya dia melepaskan kesedihan itu pada teman2 seakidah,seikatan islam. Allah tahu, hambanya lemah, dan Allah suka hambanya berkasih sayang.

Min tidak tahan lagi,dengan linangan air mata kesal bercampur hiba yang amat,dia pantas berjalan keluar dari bilik nya yang selama ini menyaksikan betapa hamba Allah ini memerlukan mukmin lain untuk menguatkannya, Min menuju ke bilik Ina, sahabat yang sering diberikan nasihat.Kini,dia memerlukan nasihat.

Daripada Nu'man bin Basyir r.a Nabi s.a.w bersabda," kemesraan,kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara mukmin diibaratkan seperti satu jasad;apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam merasa panas dan gusar."(Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Dan potongan hadith ini, Daripada abu hurairah r.a Nabi bersabda:Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkan nya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim,Allah akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat.Dan Allah akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya." (Riwayat Muslim.)

Hanya rekaan.

Terima kasih tak terhingga untuk sahabat yang menyedarkan saya tentang apa itu ukhuwwah,dan membuat saya menyedari bahawa ikatan aqidah itu terlalu mahal untuk dibandingkan hatta walau dengan ikatan kekeluargaan. Tak bertemu di dunia, di syurga moga2 lebih indah tempat pertemuan kita. Amin.

"Sesungguhnya orang2 beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara mereka..."
Al-Hujrat :10

irbid,jordan
9.34p.m
17/3/2011

Wednesday, March 9, 2011

Betapa indah menjadi hamba Allah.

" Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan,dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu,sebelum matahari terbit,dan sebelum terbenam,dan bertasbihlah pula pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang."Taha:130

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka (sebagai) bunga kehidupan dunia,agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan kekal."Taha:131

Nabi kita ini,terlalu payah hidupnya.Bermula dengan gelaran al-amin yang bermain di mulut orang2 quraish saat itu,mereka amat mempercayai nabi.

Satu ketika, saat nabi menerima wahyu.Terus sahaja mereka mendustakan nabi.Lontaran batu dan tohmahan menjadi ganti gelaran dan penghoramatan mereka terhadap nabi.

Tapi indah sungguh hidup sebagai kekasih Allah. Biar sakit, perit dan payah yang baginda hadapi, Allah ada untuk mengubatinya. Hati baginda yang terlalu sedih dengan kata2 kesat,pendustaan,dan kekasaran oleh kaum baginda ketika itu, sejuk dan terubat dengan wahyu Allah yang diturunkan untuk memujuk hati baginda. Terlalu tenang,lapang dan indah.

"Dan kehidupan dunia ini,hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?"Al-an'am:32

"Sungguh,Kami mengetahui bahwa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad),(janganlah bersedih hati)kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang2 yang zalim itu mengingkari ayat2 Allah."Al-an'am:33

Lihat bagaimana Allah memujuk kekasihnya, nabi Muhammad. Seberat mana beban yang menimpa baginda, terasa ringan oleh kerana kasih sayang dan rahmat Allah buat baginda. Baginda sentiasa berada dalam jagaan Allah. Biarkan manusia semua mengejek,mencaci, menyakiti,dan membuang baginda, tapi Allah ada. Allah menyaksikan semua. Allah tidak berhenti memberi kata-kata cinta,motivasi dan semangat buat kekasihNya, nabi Muhammad.

Ya Allah. Betapa Engkau Maha Penyayang buat hamba Mu.

Menjadi hamba sudah beruntung,apatah pula indahnya jika kita terpilih menjadi kekasih Allah.

Tuesday, February 22, 2011

bayu syria.

Lama dah rasanya hati ini lekat kat syria.
Lama dah nak spend sebulan cuti kat sana.
Nak pergi sana, sekurang2 nya jauh dari kesibukan dunia sikit.
Mengasingkan diri,ingat nak belajar al-quran lebih sikit.
Asyik study ilmu fardhu kifayah je.
Fardhu ain terkapai lagi ni.
Baca Al-quran banyak salah makhraj.
Jumpa sheikhah ini, huruf ini salah.
Jumpa sheikhah itu, huruf itu pula salah.
Moga Allah kurniakan rezeki,bukakan jalan,dan permudahkan urusan untuk ke sana.
Moga Allah berkati dan redhai niat kami.
Moga Allah ikhlaskan hati kami.

Ingat nak pergi dengan kakak IKIP. tapi dapat tahu mereka grad agak lambat dari cuti kami.
Jatuh semangat.
Tapi, tiba2 raihana mengajak.
Bersemangat semula.
Takpe,balik tu boleh balik bile2 lain kali.
Mak,Abah izinkan kakteh pergi belajar ye.
Mak abah pernah kata, takpelah tak balik kalau nak pergi belajar.
Mak dan abah memang memahami. :)
Alhamdulillah.

Rai, wawa. Jom kite.
Ada sesiapa lg nak join?

Kalian yang membaca,pohon doa dari kalian agar Allah membukakan jalan untuk kami ke sana dan belajar ilmu fardhu ain.
Pohon sangat2.

Apa2 pun, perlu redha. Pergi atau tidak, Allah yang menentukan.

"Mereka merancang,dan Allah juga Merancang Dan Allah sebaik2 Perancang."
Ali-Imran:54

Thursday, February 17, 2011

Kejar dunia,akhirat tercicir.

Sekali lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati dari sheikhah saya, Sheikhah Umaimah.

Satu perkara yang saya belajar dari masyarakat arab ini adalah mereka mempunyai hubungan yang sgt erat dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah.

Mudah sahaja kata2 yang disusun oleh sheikhah td, tp MashaALLAH kerana dia benar2 ikhlas dan mahu memotivasi serta menasihati kami, benar2 saya rasakan ia telah sampai di hati saya yang kotor ini. Moga Allah membersihkan hati saya.

Bermula hanya dengan gelak ketawa kerana saya amat cuak dan berdebar untuk tasmi3 sebentar tadi. Tak banyak pun yang saya tasmi3, tapi perasaan takut itu tetap terbit.

Selesai tasmi3,

"Bagus lah awak takut,kurang sikit salah baca, lain kali takut lg lah! " kata sheikhah dalam nada bergurau.

"Ok,mnggu depan sy cuak lagi eh!" sambut sy sambil ketawa.

Sheikhah mula menyusun kata2 hikmahnya buat kami,anak2 didik nya. Sungguh mahal rasanya setiap kalimah dan detik itu. Kerana bukan mudah kata2 nasihat menyentuh hati2 yang keras ini.

"Takpe kalau awak takut, tapi tetap thabat dan istiqamah datang untuk tasmi3. Tengok "dia" tu, mashaALLAH,dengan ketakutan dia, sekarang bcaan dia dah lebih sangat2 baik dari masa awal2 dtg dlu"-sambil sheikhah refer pada seorang daripada kami.

"Ada orang yang takut,tapi diselitkan dengan bisikan syaitan, dia futur, terus berhenti. Syaitan memujuk2 untuk terus takut dan bermalas-malasan untuk menghafaz quran"

"Quran ini, Allah telah sebut dlm al-quran, bhwa ianya akan dipermudah bagi orang yang mahu.
Kita tidak ada kuasa atas al-quran, tp Allah memudahkan Al-quran bagi yang benar-benar mahu. Jadi, barangsiapa yang takut2 dan bermalas-malasan,dan sebenarnya dia tidak mahukan al-quran,pasti dia rasa susah. Mengapa? ALLAH telah janji kan kemudahan hanya untuk yang benar2 mahu kan.Sesiapa yang rasa dia telah meninggalkan al-quran,sebenarnya Allah yang membawa al-quran jauh darinya. "

"Saya sendiri, macam2 ujian dan dugaan yang sy hadapi sepanjang menghafal quran, masalah jiwa, fizikal, rohani, emosi dan berkali2 saya menangis spanjang menghafaz al-quran"

saya terdiam.Sangka saya orang hebat di hadapan mata saya ini dengan begitu mudah menghafaz ayat-ayat Allah. Sangka saya hanya jiwa saya yang sering berkecamuk dan diduga sepanjang tempoh setahun lebih saya menghafaz al-quran ini,dan kinipun saya rasakan lemah saat ini, untuk menyambung jihad banyak lagi juzu' yang saya pohon Allah mudahkan.

Tapi rupanya insan di hadapan saya ini juga sama. Malahan ujiannya lebih besar dari saya.

"Saya pernah futur,ada fatrah memang saya berhenti menghafaz kerana rasa lemah. Tapi saya kembali berfikir, kerana apakah saya menghafaz? Saya tetapkan hadaf saya bahawa sesiapapun dan apa pun yang brlaku,tidak akan mampu menghalang saya untuk menghafal,kerana saya menghafaz kerana Allah, agar ALLAH redha."

"Kesusahan yang semua pejuang2 di jalan menghafaz quran ini hadapi, adalah sebenarnya tapisan, dugaan dan ujian dari Allah, adakah pejuang2 ini benar2 mahu terus teguh berdiri dalam jalan ini, atau pun sebenarnya terus lari dari medan apabila diuji."

"Alhamdulillah, apabila saya betulkan kembali niat saya kerana Allah, Allah permudahkan dan saya berjaya mendapat sanad. Dan tentulah sijil sanad itu adalah dunia. Tapi sebenarnya redha Allah itu yang utama. Siapa yang mengejar akhirat,dunia itulah hadiah dari Allah. Barangsiapa yang mengejar dunia semata,mengejar sanad, akan tercicir dalam tapisan ALLAH.Akhirat tertinggal,malahan kemungkinan dunia yang dikejar menimpanya. "

"Maka kerana itulah saya tak mahu kalian takut kan saya, atau sayangkan saya, dan kerana itu kalian datang memperdengarkan bacaan quran pada saya. Tapi takutlah dan cintalah Allah, dan jadikanlah itu sebab kalian terus berjihad."

Saya terus sahaja diam. Diam muhasabah. Benar2 diri ini terlalu banyak silap dan salahnya. Jauh infiniti jarak yang perlu dibetulkan.

Saya memang sayangkan dia. dan saya takut juga dengannya. Tapi saya pohon kerana itu di akhirat nanti dia akan mengenali saya ketika dia berada dalam kumpulan hamalatul-quran dan membawa saya bersamanya ke kumpulan itu,ke syurga, hadiah dari Allah.Saya pohon Allah bantu kami mengikhlaskan hati2 ini untuk menghafaz quran, dengan menyuburkan Cinta pada Allah dan takut pada Nya.

Dan saya benar2 mohon agar kelak, ibu dan ayah saya akan dipakaikan mahkota yang bersinar lebih memancar dari matahari di dunia ini. Tiada perkara yang lebih besar daripada itu yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mak dan abah.

Sedangkan kerana doa mereka lah,saya kini dlm medan jihad menghafaz quran dan moga Allah terus memakbulkan doa mereka untuk saya terus berjuang sehingga menang dalam medan jihad ini.

Ya Allah, rahmatilah mak abah. Walaupun bertahun saya berkhidmat untuk mereka, tidak akan termampu membalas kasih sayang mereka pada saya. Dan hanya satu usaha yang saya harap diredhai Allah,juga diredhai mak abah, dan dengan itu ya Allah,temukanlah kami dalam syurga kelak, bersama mahkota di pakaikan pada mak dan abah.

Sering sahaja air mata mengalir kerana apabila rasa lemah terlalu menguasai, kerana saya terbayang wajah mak dan abah.Entah kenapa diri ini terlalu lemah membalas jasa mak abah.
Bukan air mata terpaksa,tapi kesal.

Dan kekesalan yang terlalu besar, untuk rapuh nya jiwa ini dalam mengejar redha Allah untuk penghidupan yang kekal kelak.Kesal kerana jiwa ini terlalu suka kan kerehatan yang sementara.
Kesal kerana beratnya bebanan dosa yang terus membelenggu melemahkan hati ini untuk terus menghafaz quran.

Moga Allah redha dengan usaha kami. Dan bantu kami membetulkan niat kami.

anggaplah watak saya bukanlah saya.

irbid,jordan.
12.09 am
18 feb 2011

Saturday, January 15, 2011

al-quran barrier alzheimer.

haritu masa tasmi3 dengan sheikhah malam2 exam.
sheikhah kata " ma twaqqa3t ana rah ashuuf tolibaat tibb el asnan el youm"

tersengih daku.

seronok pulak rse dtg tasmi3 memalam exm.

setiap kali sbelum tasmi3 sy slalu berazam. Kalau boleh tak mboh ada salah2 makhraj n hafazan etc.Tp slalunye ada jugak.

takpe.jangan tergesa2, bak kata husna a'lya dan kak syida yang slalu mengingatkan sy dengan ayat Allah ni.

"Jangan egkau (Muhammad)menggerakkan lidah mu(untuk membca al-quran) kerana hendak tergesa2 (menguasai)nya. Al-qiyamah:16

Tapi berkala2 tu,sy mmg geram juga hndak perfect kalau boleh.Haish. tergesa2 sungguh fatimah.

aritu, huruf 'ra' saya bce bertakreer.. salah.sepatutnye smooth je takde rrrrrrraaa. Susah juga dah terbiasa.
Tapi kena betulkan.

Sepanjang hampir setahun atau setahun lebih sy tasmi3 dengan sheikhah umaimah,dah bermcm2 ilmu dan pengalaman yg sy dpt. Alhamdulillah.

Ramai dah yang menangis didepan sheikhah. Ada yang sedih kerana bcaan dirasakan teruk.
Ada yang merasakan diri telah meninggalkan quran (sbb waktu tasmi3 dia tak lncr n byk keliru.).Ada yang ssah nak betulkan makhraj n sedih.

Dan mcm2 lagi.

Ilmu pulak,mmg sgt byk la.
Haritu lepas tasmi3 sheikhah bukak al-quran sy di bahagian paling belakang.
Ada lampiran hadith2 berkaitan al-quran,kelebihan,la3nat,dan sbagainya.

Kemudian sheikhah menerangkan satu demi satu kpd sy.Sy sorg je wktu tu. Yg lain dah balik.
Tiba ke satu hadith.

Riwayat Hakim dgn isnad sohih.3n 3bdullah ibn 3bbas:
"man qara el quran lam yarudd ila arzal el 3mur"

sape bce quran,dia tak nyanyuk/lupe.
sheikhah huraikan , sape yg ada hafal al-quran walaupun sejuzu' takkan kena la alzheimer ni.

sy pun tnye. "keif el wadho3 lau fi hada hafaz el quran wu hiya berudd la arzal el3mur?"

sheikhah kate "fi mushkilah lamma huwa behfaz el quran, ennu fi riya' , aw lil 3radh ilannas, khata2 fi niat.. "
kata sheikhah lagi: hadith rasulullah ni ssuatu yg thabit. tiada zhon padanya.
jd salah pastilah pd hamba td yg menghafal. mungkin dia hafal nak riya2 ,nak tnjuk2, atau salah niat. maybe blaja quran untuk dpt duit.etc..
jd sy angguk2.

sheikhah bg cth lg. mcm ayat al-quran
"solat itu menghalang fahsya' dan mungkar"

tapi?manusia solat...maksiat buat juga..etc..
siapa salah?ayat ALLAH?
tak..manusia tu lah.
solatnye bagaimana?khusyu3 tak?
berjemaah tak?wudhu2 sempurna tak? tampung dgn solat sunat?

berjuta2 la silapnye.

wallahua3lam.
seronok rse dpt tazkirah smbil2 tasmi3.