Saturday, January 23, 2010

Yan Nak jadi UStaZ..

''Hi kakteh''

tergelak dan tersenyum lebar saya ketika membaca mesej yang masuk ke inbox tadi. dari nombor malaysia, dari nombor emak saya..bukan kerana apa saya tergelak,kerana pasti bukan mak saya yang menghantarnya tapi orang lain.

''ni yan ke? Hi yan''
reply saya ke no tersebut..

mesej kedua tiba..
''ni yan kakteh dah habis exam.Sedap tak kakteh punya puding tu''

reply ku lagi
''belum lagi yan. Kakteh ada satu lagi periksa.Esok kakteh periksa. Yan dah periksa ke belum?dapat nombor berapa? Bahasa Arab yan dapat A tak?''

mesej seterusnya tiba..
''yan belum periksa lagi waktu awal2 mana dapat nombor''

saya terus membalas..
''Haha. puding kakteh hangus gulanya.tapi sedap juga.yan jangan lupa hafal surah. nanti balik kakteh nak dengar. yan kan nak jadi ustaz kan?''

saya terus menunggu mesej seterusnya tapi tidak kunjung tiba. Mungkin sudah letih menaip mesej agaknya. Yan, nama penuhnya muhammad imran bin ismail..adik bongsu ku yang kini darjah 5. masih mentah dan perlu dibentuk.

Suka saya menghantar mesej yang cuba menarik minat yan untuk menjadi ustaz.menarik minat yan untuk menghafaz surah2 al-quran juzu' amma.menarik minat yan untuk mencintai bahasa arab. Memang teringin rasanya jika dia boleh menjadi faqih dalam ilmu agama. Dalam 7 orang adik beradik, sudah ada yang menceburi bidang2 profesionalisme seperti medicine, engineering, ict,dan saya, dentistry. adik saya ikram,yang kini tingkatan 5 bersekolah di SSAS( Sekolah Sultan Alam Shah) di putrajaya. Yang itu sudah terlepas ke sekolah SBP bukan beraliran agama. jadi harapan untuk ke bidang agama itu agak kabur. adik kedua saya, khadijah pula di SMKA Maahad Muar, di tingkatan dua. Saya juga mengharapkan dia benar2 minat untuk mendalami bidang agama.

Dan adik terakhir, yan. Yang inilah menjadi harapan saya yang sebenar2nya kerana dia akan menjadi seorang lelaki dewasa dalam keluarga saya satu hari nanti. Siapa yang akan menjadi rujukan dalam bidang faraid?siapa yang akan membantu mempercerah dalam bidang munakahad? Siapakah yang akan memperbetulkan bacaan Al-Quran dalam keluarga kami nanti? begitu juga dalam bidang2 ilmu akhirat lain. Siapa?saya benar2 mengharapkan soalan itu akan terjawab dengan satu senyuman..Saya benar2 mengharapkan satu hari nanti jika ada antara kami yang tersalah langkah, atau jahil dalam sesuatu perkara,akan ada sumber rujukan antara kami,yang boleh membetulkan kami dalam menuju ke satu kehidupan kekal di akhirat nanti..

Cukuplah rasanya antara kami sudah ramai yang ingin menjadi profesional. Tetapi perlu ada yang menjadi ahli dalam ilmu Islam. Perlu. Muktamad. Saya?saya sedang cuba. Tapi mahu tidak mahu orang yang mengambil bidang agama pasti lebih faqih dari orang yang belajar agama sebagai sampingan.

SABDA RASULULLAH S.A.W '' Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan untuknya, ALLAH akan menjadikan dia faham dalam agama'' (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Sering juga saya pesan kepada emak saya agar terus cuba memupuk minat yan untuk menjadi ustaz. Kerana dari kecil apabila ditanya, memang dia mengatakan ustaz adalah cita-citanya. Tapi jauh di sudut hati bimbang saya jika dia hilang minat tersebut atau masa depannya terarah ke sekolah yang tidak beraliran agama. Dan sekolah yang beraliran agama pula tidak semuanya medan terbaik untuk mendalami ilmu agama. Tidak. Tidak semua.

Moga-moga harapan saya ini menjadi kenyataan satu hari nanti. Yan menjadi seorang faqih fiddin..faqih dalam agama tercinta, Islam. menjadi seorang ustaz yang akan menyumbang kepada umat. Amin..

No comments:

Post a Comment