Saturday, November 20, 2010

Tolonglah jangan.Jangan mengeluh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah satu ketika dulu.
Latar:Kisas
A:B,borang DQ da keluar la.jom la isi.
B:Jom la,at least nanti takde la membazir masa lepas SPM.
B lalu mengisi borang dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah, lalu dipanggil untuk interview.Sekolahnya menghantar lebih kurang satu bas pelajar ke interview DQ ketika itu.

Latar:Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.
Ustaz interview:berapa kali awak khatam quran?
B: ** kali ustaz.
Ustaz: ** kali je?

B diam.Baru menyedari dirinya belum lagi 'gilakan' al-quran,mungkin belum mencapai tahap interviewee lain yang tidak terkira jumlah khatam qurannya.
Selepas interview,
A:B,kalau kau dapat,nak pergi tak?
B:Mestilah.
A:Kalau dapat offer oversea camne?
B:Aku rasa aku terima offer oversea tu kot tapi takpelah, at least dapat la jugak brape juzu' kat sini.

Beberapa bulan berlalu.B tidak menerima sebarang berita dari DQ.Walaupun niat di hati memang ingin 'bermuqim' sebentar sahaja di DQ untuk mengisi masa sebelum mendapat tawaran belajar luar negara,tapi sedikit sebanyak(memang banyak sesangat) kecewa.
Beberapa kali juga menelefon DQ ketika itu.Mahukan pengesahan jika2 nama tersenarai namun terlepas pandang dan surat tidak dipos.Tetapi,memang benar tiada rezeki.Beberapa kali juga berfikir untuk menulis surat rayuan untuk pengambilan kali kedua.Namun, jika telah tercatat di Luh Mahfuz tidak,maka tidaklah jawapannya.

Mungkin kerana niatnya yang hanya mahu 'bermuqim' kemudian cabut lari itu, lantas tidak diizinkan oleh Allah,dan peluang itu diberikan kepada yang lebih berhak.
Terkilan juga di hati B mendengar berita rakan-rakannya yang juga berniat untuk hanya 'Bermuqim' di DQ tapi berjaya diterima.

Segala-galanya belum berakhir.Masa yang ada,B gunakan untuk menghafaz barang satu dua juzu' sepanjang cuti sementara menunggu keputusan SPM dan tawaran universiti. Tapi sukar menghafaz seorang diri.Benar2 sukar.Lalu B berhenti begitu sahaja.Putus asa mungkin.
Namun,perancangan ALLAH Maha Hebat itu hebat.
Rezeki itu ada di mana-mana.B melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Latar:Akademi Tahfiz Az-Zikr.
interviewer:Awak takpe ke kalau semua orang pergi bercuti tapi awak kena duk sini pergi program tahfiz?
B: Takpe ,saya redha.
Interviewer:Kenapa awak tak menghafaz sendiri je?kenapa kena masuk az-zikr?
B:Suasana.Saya dah pernah hafal kat rumah dulu tapi memang susah.Tak ingat sangat yang dah hafal tu.
Interviewer:oh,berapa juzu' hafal?saya cuba tebuk,awak sambung eh.(dia baca ayat juzu' 1)
B:......errr..(tak dapat sambung) dah lama tak mengulang.
Beberapa minggu kemudian, surat diterima.
"Anda diterima menjadi keluarga Az-zikr"

Alhamdulillah.Infiniti syukur.Hebat kan perancangan Allah?
Maka tertulis lah untuk B, bahawa dia akan menghafaz al-quran sambil belajar di luar negara.
Berakhirlah cerita yang mungkin tak best bagi korang ni.Tapi bagi saya sendiri, sejuta kali dikenang pun masih takkan bosan. Kenapa?Sebab B tu adalah saya.

Saya perlu mengingatkan diri saya dengan perkara sebegini.Kalau tidak saya akan mudah terlupa,mengeluh lantas kufur ni3mat yang Allah dah bagi pada saya.
Alangkah malunya saya selaku hamba,telah diberi ni3mat lantas mengeluh pula dengan ni3mat itu.Alangkah malunya saya,selaku hamba, telah diberi ni3mat lantas mensia-siakan ni3mat itu.

Dan Alhamdulillah,Allah telah mentakdirkan yang saya akan menghafaz Al-quran ketika bergelar seorang pelajar pergigian di Jordan University oF Science and Technology, tapi, berapa juzu' yang akan saya hafal?
Semuanya bergantung pada diri saya,keinginan,iman,semangat jihad saya untuk menghafaz Al-Quran. Dan tidak boleh tidak, segala-galanya dalam ketentuan Allah juga.

"Dan tidaklah kamu berada dalam satu urusan dan tidak membaca ayat daripada quran dan tidak melakukan sesuatu amalan kecuali Kami menjadi saksi ketika kamu melakukannya..."yunus:61

Apa yang saya usahakan ketika ini bakal menentukan sama ada kelak apabila saya grad, saya akan menyesal kerana hanya menghafaz beberapa juzu' atau gembira tidak terkata dengan penuh kesyukuran pada Allah, kerana berjaya menghafal 30 juzu',bersama segulung ijazah pergigian.

Memang benar bukan gelaran atau apa yang perlu dikejar,tapi sesiapa pun tidak nafikan bahawa usaha kita pasti dalam pemerhatian Allah,maka bukankah orang yang menghafaz 30 juzu' itu usahanya lebih dari orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?Dan bukankah orang yang menghafaz al-quran kamil itu lebih banyak membaca Al-Quran daripada orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?

Sifir teori nya begitu.

Walau bagaimanapun, Allah juga yang Maha Tahu apakah yang sebenarnya diusahakan dan sebanyak mana kita membaca Al-Quran.Dan saya tahu,langsung tidak boleh menilai seseorang berdasarkan bilangan juzu' yang dihafaz.Saya sendiri mengakui,jika dulu, lancar sahaja tilawah sebelum mula menghafaz quran.Tapi kini,bacaan Al-quran saya lebih tertumpu kepada mengulang hafazan dan hafazan baru.Moga Allah terima amalan kita.

Namun jauh dari hati saya yang sedang cuba memahatkan Al-Quran dalam jiwa raga saya ini, benar-benar bahawa bukan mudah menghafaz Al-Quran.
Dan kerana itulah saya perlu mengingatkan diri kembali dengan ni3mat yang telah Allah kurniakan pada saya agar apabila saya mengeluh "susahnya menghafaz quran..tak larat dah.. nak berhenti menghafaz..masa banyak habis..susah nak ingat..susah nak jaga hafazan, dan sejuta macam keluhan yang mungkin saja saya keluhkan, segera saya pohon agar Allah berikan petunjuk dan panduan untuk hati saya terus thabat dalam medan jihad yang bukan picisan ini.

"Dan tidaklah mereka berinfak dengan infak yang kecil atau besar dan tidak pula mereka merentasi lembah kecuali ditulis apa yang mereka lakukan supaya mereka dapat diberi ganjaran oleh Allah lebih baik daripada apa yang mereka lakukan." At-Taubah:121

Lalu,hati-hati yang sedang berjihad menghafaz Al-Quran,mari kita pujuk hati kita dari mengeluh.Setiap huruf dari kalimah dari ayat dari surah al-quran yang cuba kita hafaz itu,pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabat di kalangan manusia.Lalu mereka bertanya: siapakah mereka ya Rasulullah?Jawab Baginda:Mereka adalah ahli Al-Quran,merekalah kerabat Allah(Ahlullah) dan orang-orang pilihanNya."H.R Ibnu Majah

Dan berbanggalah kita. Kerana apa?Jika pun tidak mampu dan tidak layak untuk menjadi ahlullah tersebut, sekurang-kurangnya telah ada usaha kita untuk tergolong dalam golongan tersebut dan mudah-mudahan, benar-benar kita tergolong menjadi ahlullah dengan menjadi ahli al-quran.

Jauh dari sudut hati saya,memang saya perlukan kalian,keluarga yang mana apabila saya mengeluh "Ya Allah,susahnya menghafaz Al-Quran",di saat orang lain memandang pelik akan keluhan seperti itu, hanya hati-hati yang bersama saya dalam medan jihad ini sahaja yang memahami.

Wallahua3lam.
Irbid,Jordan.
20 Nov 2010.
8.14 malam.

3 comments:

  1. salamullah alaiki.
    suke post ni.
    mcm hidup ak bezanya ko ada yang memimpin.
    kadang-kadang kita berupaya untuk menghafal 30 juzu' tapi gagal untuk mrnghayati lantas tidak mengamalkan perintah yang terkandung di dalamnya.
    semua orang boleh menghafaz,
    tapi bukan semua orang boleh menghayati.
    konklusinya marilah kita sama-sama menghafaz pada masa yang sama menghayati dan melaksanakan apa yang diperintahkan olehNya.
    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. to anonymous
    waalaikummussalam.
    syukran untuk pesanan yang bermanfaat.
    inshaALLah,kita sama2 menghafaz, menghayati n laksanakan apa yg termaktub dalam al-quran.

    apa maksud ada yg memimpin?
    kalau akademi tahfiz yg dimaksudkan,
    Alhamdulillah rezeki dari Allah.

    apapun,mudah2an sesiapa je yg berniat menghafaz al-quran lillah tak kira siapa pun dia n apa pun waqi' dia berada ,dipermudahkan n dibantu Allah.

    amin.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Tim!
    baru jumpa blog awak =>
    inshalah bittaufeeq sentiasa.

    -numumono-

    ReplyDelete