Friday, January 29, 2010

Ujian sebagai wasilah..

Satu petang..
kekecohan berlaku di sakan kuning(sakan baituttolabah al-jam'iyyah)
ada seorang perempuan arab memecah masuk bilik2 kami..
bilik wawa yang ada orang pun dimasuki sesuka hati..dengan selambanya dia mengorek2 duit dlm dompet wawa..berani betul..
setelah diberitahu oleh rai tentang kekecohan tersebut, saya bergegas ke atas,mencari purse sy,emm..
HILANG..ketika itu fikiran masih berfikir dgn logik akal,kerana henset yg sy tggalkan di atas katil dan laptop tidak pula hilang dan seperti tidak terusik..
setelah puas mencari dan akhirnya sy dengan yakin..memang ia hilang..
nasib baik juga ukhti nurul syahida bt ishak ada untuk membantu..
dan memang rasa sgt2 membantu ketika itu..
kemudian bonda kami, kak fathiyah tiba..
purse yang hilang mengandungi:
1.duit...(dirahsiakan jumlah)
2.ic
3.lesen memandu
4.kad bank
5.kad insurans

Beberapa hari berlalu dengan begitu pantas..
Beberapa hari yang mencoretkan pelbagai cerita..
Beberapa hari diri ini ditarbiah..

Benar,tidak layak rasanya untuk saya sebagai hamba ALLAH untuk mempersoalkan qada' dan qadar ALLAH S.W.T sama ada ujian atau nikmat yang saya terima. Jika ia adalah ujian, tidak layak untuk ianya dipersoal kerana segala nikmat ALLAH yg dikurniakan kepada saya setakat ini sahaja belum pun saya syukuri dengan sepenuhnya,dengan seikhlasnya dan dengan pengabdian penuh kepada ALLAH. Dan apatah lagi jika ia adalah nikmat, tidak sepatutnya seorang hamba yang menerima kurniaan dari Tuhannya mempertikai apa yang diberikan.

Kalau nak dibandingkan sedikit ujian yang ALLAH timpakan kepada saya dengan nikmat yang Allah kurniakan pada saya selama ini, bagaikan langit dan bumi.

Tidak mengapa..tapi memikirkan prosedur2 yg perlu saya hadapi untuk mendapatkan semula dokumen2 penting yang saya hilang itu,agar mencabar juga. Menguji kesabaran pastinya. Lagi2 berada jauh dari Malaysia, agak sukar untuk menguruskan segala-galanya.

Sekali lagi,syukur ada sahabat2 yang tidak mampu saya balas jasa dan sumbangan mereka..Hanya Allah Maha Adil sahaja yang mampu membalasnya.
“Sesiapa yang menghilang atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilang atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Tidak akan sunyi hidup seorang muslim dengan ujian.
“Dari Abu Hurairah radhiyyallahu `anhu berkata, bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam, 'Barang siapa yang Allah inginkan untuknya kebaikan, Ia akan memberinya ujian'.” (HR Bukhari [10/108], No. 5645).
Maksudnya: Besarnya pahala (balasan) adalah seimbang (setara) dengan besarnya cubaan (bala). Dan sesungguhnya Allah, bila menyukai suatu kaum, Dia akan memberi cubaan kepada mereka. Maka sesiapa yang redha, baginya keredhaan Allah. Dan sesiapa yang marah (tidak dapat menerima cubaan), maka baginya kemurkaan Allah.(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya,saya perlu redha.Syukur kerana ALLAH mengurniakan akak@sahabat dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya ketika saya leka dan membetulkan saya ketika saya salah. Membawa saya mengingati ALLAH ketika saya lupa padaNya.Alhamdulillah. Itu juga nikmat bukan?Nikmat yang tidak ternilai.

Sunday, January 24, 2010

Sukar tetapi manis..

Saya agak terkesan dengan emel yang diterima di yahoo group PERMAI(Persatuan pelajar malaysia irbid) yang memberi khabar ibu seorang daripada akhowat irbid iaitu kak hetty ayuni telah kembali ke rahmatullah.

Takziah buat dirinya. Moga dia tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah.
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (juga) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat kamu,Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui''Al-Baqarah:216

Saya terbayang2 dan tergambar bagaimana perasaan kita jika ditimpa musibah sebegitu rupa?Saya terfikir adakah saya akan kuat jika saya yang berada di tempat kak hetty? Ujian itu besar, sangat besar kerana selama ini yang mengambil berat dan mengambil tahu tentang kita adalah ibu, lebih dari orang lain.

Apabila jauh,mula terasa rindu ingin melihat wajah ibu. Apabila lama tidak berhubung, pasti ibu akan tertanya2 dan cuba menghubungi kita. Apabila sakit, ibu yang akan memberi nasihat itu dan ini agar sihat kembali dengan izin Allah. Apabila tersilap langkah, pastilah ibu akan memarahi dan memberi leteran dengan harapan kita kembali ke pangkal jalan. Dan yang paling utama, pasti doa ibu sentiasa mengiringi langkah kita dalam apa jua keadaan. Dengan berkat doa ibu yang dimakbulkan oleh ALLAH, saya adalah saya yang sekarang,saya berada di Jordan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Kerana itulah,saya terfikir2 bagaimana akan saya hadapi saat itu jika saya yang diuji? Rasa seolah tidak tertanggung dengan ujian sehebat itu. Hanya pada Allah lah pemilik perasaan saya, saya menyerahkan segalanya. Segala keluh kesah,resah gelisah dan kesedihan tika ujian menimpa diadukan pada Allah. Hanya Allah yang Memahami. Lebih dari segalanya. Cukup.

''Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira pada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.Mereka itulah orang yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.'' Al-Baqarah 155-157

Namun,Allah pasti ada sesuatu di sebalik setiap qada' dan qadar Allah. Orang Mukmin yang bersabar pasti diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka oleh Allah Pemilik sekalian alam.

''Aku mengagumi seorang mukmin kerana selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapat kesenangan,ia bersyukur (kepada ALLAH), sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri dan (menjalankannya dengan sabar)bahawa di dalamnya ada kebaikan pula.''(H.R Muslim)


Moga Allah meluruskan hati saya dengan iman.Sentiasa.

Apa lagi??

Tamat sudah exam..dengan satu kalimah tahmid..
sebagai salah satu tanda kesyukuran pada ALLAH Tuhan sekalian alam..namun,tidak cukup sekadar itu..bukankah syukur itu ditakrifkan dengan menggunakan segala anggota badan kita ini kepada tujuan yang benar2 mengapa ianya diciptakan?
apakah tujuannya?pastilah mengabdikan diri pada ALLAH..dan memakmurkan bumi ini sebagai khalifatullah..jika semasa exam dulu kita malas dan mencari2 alasan untuk menangguhkan ibadah2 sunat dan ibadah khusus,sekarang?nah..inilah masanya..exam dah pun tamat..
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
tiada lagi alasan.seharusnya jika semasa exam kita terasa lebih dekat dengan ALLAH kerana kita meletakkan pergantungan yang sangat tinggi kepada Nya agar dipermudahkan segala urusan menjawab soalan dan moga ulangkaji dan ilmu kita diberkati oleh ALLAH,sekarang apatah lagi..masa lapang yang ada?manfaatkan sehabis mungkin.

MENGAPA?kerana imtihan akhirat dan fatrahnya itu takkan pernah tamat hinggalah kita ditentukan nasib sama ada di jannah atau pun an-nar(naud'zubillah)..
persiapan menuju akhirat itu takkan pernah berakhir.sehingga hembusan nafas terakhir, ketika itu tiada lagi teman dan bekalan selain amal ibadah dan maksiat kita di dunia..mahu atau tidak maksiat atau dosa kita itu akan dibalas..

Dari Umar r.a.: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau.

Dari Ali r.a.: Sesungguhnya dunia ini telah berangkat membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat mandatangi dan bagi kedua-duanya ada putera-puteranya. Maka jadilah kamu dari putera-putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan, sedang esoknya hari perhitungan dan tiada amal.

suka duka exam dunia memang seharusnya tidak terbawa2 sehingga mengganggu persiapan imtihan akhirat kita..jika 100% markah yg kita tuju untuk imtihan dunia, untuk akhirat pula? lebih bahkan berjuta kali ganda dari itu..yang kita tuju itu satu kehidupan dan nikmat ALLAH yang tidak pernah tergambar dalam minda kita.. yang MAHA HEBAT..

manusia itu fitrahnya mahukan balasan..sebenarnya yang perlu kita gapai adalah keredhaan ALLAH dan segala-galanya adalah untuk ALLAH namun Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah, menyediakan syurganya bagi hamba-hamba yang berjaya memperoleh keredhaanNya.. syurga itu sebagai motivasi buat kita..

p/s: ahli2 tahfiz az-zikr:mari menghafaz dan mengulang!masa cuti adalah masa kerja untuk kita.. ye tak?

p/s:sahabat2 seperjuangan talaqqi sekalian,jangan lupa menghafaz juga!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Saturday, January 23, 2010

Yan Nak jadi UStaZ..

''Hi kakteh''

tergelak dan tersenyum lebar saya ketika membaca mesej yang masuk ke inbox tadi. dari nombor malaysia, dari nombor emak saya..bukan kerana apa saya tergelak,kerana pasti bukan mak saya yang menghantarnya tapi orang lain.

''ni yan ke? Hi yan''
reply saya ke no tersebut..

mesej kedua tiba..
''ni yan kakteh dah habis exam.Sedap tak kakteh punya puding tu''

reply ku lagi
''belum lagi yan. Kakteh ada satu lagi periksa.Esok kakteh periksa. Yan dah periksa ke belum?dapat nombor berapa? Bahasa Arab yan dapat A tak?''

mesej seterusnya tiba..
''yan belum periksa lagi waktu awal2 mana dapat nombor''

saya terus membalas..
''Haha. puding kakteh hangus gulanya.tapi sedap juga.yan jangan lupa hafal surah. nanti balik kakteh nak dengar. yan kan nak jadi ustaz kan?''

saya terus menunggu mesej seterusnya tapi tidak kunjung tiba. Mungkin sudah letih menaip mesej agaknya. Yan, nama penuhnya muhammad imran bin ismail..adik bongsu ku yang kini darjah 5. masih mentah dan perlu dibentuk.

Suka saya menghantar mesej yang cuba menarik minat yan untuk menjadi ustaz.menarik minat yan untuk menghafaz surah2 al-quran juzu' amma.menarik minat yan untuk mencintai bahasa arab. Memang teringin rasanya jika dia boleh menjadi faqih dalam ilmu agama. Dalam 7 orang adik beradik, sudah ada yang menceburi bidang2 profesionalisme seperti medicine, engineering, ict,dan saya, dentistry. adik saya ikram,yang kini tingkatan 5 bersekolah di SSAS( Sekolah Sultan Alam Shah) di putrajaya. Yang itu sudah terlepas ke sekolah SBP bukan beraliran agama. jadi harapan untuk ke bidang agama itu agak kabur. adik kedua saya, khadijah pula di SMKA Maahad Muar, di tingkatan dua. Saya juga mengharapkan dia benar2 minat untuk mendalami bidang agama.

Dan adik terakhir, yan. Yang inilah menjadi harapan saya yang sebenar2nya kerana dia akan menjadi seorang lelaki dewasa dalam keluarga saya satu hari nanti. Siapa yang akan menjadi rujukan dalam bidang faraid?siapa yang akan membantu mempercerah dalam bidang munakahad? Siapakah yang akan memperbetulkan bacaan Al-Quran dalam keluarga kami nanti? begitu juga dalam bidang2 ilmu akhirat lain. Siapa?saya benar2 mengharapkan soalan itu akan terjawab dengan satu senyuman..Saya benar2 mengharapkan satu hari nanti jika ada antara kami yang tersalah langkah, atau jahil dalam sesuatu perkara,akan ada sumber rujukan antara kami,yang boleh membetulkan kami dalam menuju ke satu kehidupan kekal di akhirat nanti..

Cukuplah rasanya antara kami sudah ramai yang ingin menjadi profesional. Tetapi perlu ada yang menjadi ahli dalam ilmu Islam. Perlu. Muktamad. Saya?saya sedang cuba. Tapi mahu tidak mahu orang yang mengambil bidang agama pasti lebih faqih dari orang yang belajar agama sebagai sampingan.

SABDA RASULULLAH S.A.W '' Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan untuknya, ALLAH akan menjadikan dia faham dalam agama'' (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Sering juga saya pesan kepada emak saya agar terus cuba memupuk minat yan untuk menjadi ustaz. Kerana dari kecil apabila ditanya, memang dia mengatakan ustaz adalah cita-citanya. Tapi jauh di sudut hati bimbang saya jika dia hilang minat tersebut atau masa depannya terarah ke sekolah yang tidak beraliran agama. Dan sekolah yang beraliran agama pula tidak semuanya medan terbaik untuk mendalami ilmu agama. Tidak. Tidak semua.

Moga-moga harapan saya ini menjadi kenyataan satu hari nanti. Yan menjadi seorang faqih fiddin..faqih dalam agama tercinta, Islam. menjadi seorang ustaz yang akan menyumbang kepada umat. Amin..

Friday, January 22, 2010

Lidah Melayu

''JJAA... kata piqa,mengajuk2 cara sheikhah menyebut huruf 'jim' sambil bibirnya di kedepankan..saya pula menyahut dengaan ''jjjaaalan''. Puas kami berlatih menyebut huruf jim sepnjang perjalanan pulang ke sakan..

Syukur pada Allah..sebab diberi peluang nak belajar di negara yang bahasa al-quran merupakan bahasa pertuturan mereka..memang terasa sangat2 best apabila dapat belajar menuturkan huruf2 hijaiyah satu demi satu dengan bertalaqqi..

saya dan sahabat2 seperjuangan,antaranya piqa,ciput,wawa,rai,farah hanisah,najwa,ainaa,husna,nur n ramai lagi kawan2 lain..kitorg sume mengambil peluang emas yang ada sementara masih bernafas ni..untuk membetulkan bacaan al-quran kami dengan seorang sheikhah..

sebahagian dari kami mengambil sanad (cara bacaan yang disandarkan kepada tabiin,sahabat2 Rasululullah,Rasulullah dan Allah yang teratas) dan sebahagian lagi dalam proses membetulkan lagi makhraj huruf dan sebagainya(moga-moga dipermudahkan dan boleh sama2 mengambil sanad)

Antara keistimewaan kita sebagai umat Nabi Muhammad adalah mengutamakan sanad dalam apa jua ilmu..jadi kami menyahut dan cuba sedaya upaya kami dalam menggunakan peluang dan keistimewaan yang ada..
"BERKATA ABDULLAH BIN MUBARAK R.A YANG MAKSUDNYA: SANAD ITU SEBAHAGIAN DARI AGAMA,TANPA SANAD SESEORANG AKAN MENDAKWA APA YANG DIA SUKA TENTANG APA YANG DIA SUKA"
kalau nak tahu,sanad ni perlu disiplin yang tinggi jugaklah..emm.. setiap minggu kami akan memperdengarkan bcaan pada sheikhah umaimah sebanyah satu maqra' (rubu').. tapi sesiapa yang da hafaz banyak boleh je lebih..tapi bacaan kami perlu betul (kerana disandarkan pada Rasulullah,jadi kena ikut cara Rasulullah baca,,)

"ABDULLAH IBN MAS'UD R.A BERKATA: DEMI ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGAMBIL TERUS (BACAAN) DARI MULUT RASULULLAH S.A.W LEBIH DARI 73 SURAH"

itu sahabat nabi yang dah memang mashi dan 'alim,kita pula?kita apatah lagi yang sangat jauh zamannya dengan zaman Rasulullah dahulu,jadi perlulah sedaya upaya cuba untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran..

tapi,lidah Melayu,,nak buat mcam mana..memang perlu mujahadah dan juhud yang lebih skit untuk membunyikan lahjah arab pada lidah kami ni..satu demi satu huruf yang kami bca perlu kami perbetulkan ..

kadang2 tu,dah betul satu hurf,mggu depan nya huruf lain pula kena tegur, dan macam2 lagi..
tapi memang seronok sangat2..alhamdulillah..kadang2 tu,kami saling membetulkan makhraj antara satu sama lain sambil tergelak2 sebab cara lidah dan bibir untuk sebut huruf2 tertentu tu memang kelakar..nampak 'besu'(loghat kelate) ..nmpak telebih bsemangat..
tapi xpe..nak belajar xboleh malu..

melihatkan cara sheikhah itu bersemangat untuk mengajar kami,kami juga rasa lebih minat dan lebih bermotivasi untuk membetulkan bacaan kami..terbelit2 juga lidah..senget2 juga bibir kami untuk mengeluarkan huruf dari makhraj yang betul..tapi itu lah pengalaman. agar tak sia2 kami belajr 5 atau 6 tahun di jordan ini.bukan sekadar mahu menjadi doktor,tapi pelbagai kemahiran dan ilmu yang ingin kami kaut.

moga2 kami dapat membaca Al-Quran dengan cara bacaan Rasulullah,sahabat,dan tabiin..moga ALLAH permudahkan kami untuk mendapat ijazah sanad ni..

Thursday, January 21, 2010

blog yang berhabuk..

Dengan nama ALLAH..

buat kali pertamanya saya menunaikan keinginan dan hasrat hati ni yang nak tulis blog dengan bersungguh2..

walaupun agak skema rasanya,tapi..
beberapa objektif telah dikenalpasti:

1.memberi peringatan kepada diri dan pembaca
2.berkongsi ilmu yang tak seberapa
3.meminta pendapat para pembaca
4.menceritakan pengalaman diri yang bermanfaat
5.mengeratkan ukhuwah dengan rakan2 yang dah lama tak jumpa..(jauh di mata dekat di hati)

para pembaca yang budiman,harapnya dapat memberi teguran dan tunjuk ajar serta nasihat dan sebagainya lah sekiranya antum merasakan blog saya ni da tersasar dari objektif asalnya..

jadi,dengan lafaz basmalah..saya mengpublishkan post pertama ni..