Friday, January 29, 2010

Ujian sebagai wasilah..

Satu petang..
kekecohan berlaku di sakan kuning(sakan baituttolabah al-jam'iyyah)
ada seorang perempuan arab memecah masuk bilik2 kami..
bilik wawa yang ada orang pun dimasuki sesuka hati..dengan selambanya dia mengorek2 duit dlm dompet wawa..berani betul..
setelah diberitahu oleh rai tentang kekecohan tersebut, saya bergegas ke atas,mencari purse sy,emm..
HILANG..ketika itu fikiran masih berfikir dgn logik akal,kerana henset yg sy tggalkan di atas katil dan laptop tidak pula hilang dan seperti tidak terusik..
setelah puas mencari dan akhirnya sy dengan yakin..memang ia hilang..
nasib baik juga ukhti nurul syahida bt ishak ada untuk membantu..
dan memang rasa sgt2 membantu ketika itu..
kemudian bonda kami, kak fathiyah tiba..
purse yang hilang mengandungi:
1.duit...(dirahsiakan jumlah)
2.ic
3.lesen memandu
4.kad bank
5.kad insurans

Beberapa hari berlalu dengan begitu pantas..
Beberapa hari yang mencoretkan pelbagai cerita..
Beberapa hari diri ini ditarbiah..

Benar,tidak layak rasanya untuk saya sebagai hamba ALLAH untuk mempersoalkan qada' dan qadar ALLAH S.W.T sama ada ujian atau nikmat yang saya terima. Jika ia adalah ujian, tidak layak untuk ianya dipersoal kerana segala nikmat ALLAH yg dikurniakan kepada saya setakat ini sahaja belum pun saya syukuri dengan sepenuhnya,dengan seikhlasnya dan dengan pengabdian penuh kepada ALLAH. Dan apatah lagi jika ia adalah nikmat, tidak sepatutnya seorang hamba yang menerima kurniaan dari Tuhannya mempertikai apa yang diberikan.

Kalau nak dibandingkan sedikit ujian yang ALLAH timpakan kepada saya dengan nikmat yang Allah kurniakan pada saya selama ini, bagaikan langit dan bumi.

Tidak mengapa..tapi memikirkan prosedur2 yg perlu saya hadapi untuk mendapatkan semula dokumen2 penting yang saya hilang itu,agar mencabar juga. Menguji kesabaran pastinya. Lagi2 berada jauh dari Malaysia, agak sukar untuk menguruskan segala-galanya.

Sekali lagi,syukur ada sahabat2 yang tidak mampu saya balas jasa dan sumbangan mereka..Hanya Allah Maha Adil sahaja yang mampu membalasnya.
“Sesiapa yang menghilang atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilang atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Tidak akan sunyi hidup seorang muslim dengan ujian.
“Dari Abu Hurairah radhiyyallahu `anhu berkata, bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam, 'Barang siapa yang Allah inginkan untuknya kebaikan, Ia akan memberinya ujian'.” (HR Bukhari [10/108], No. 5645).
Maksudnya: Besarnya pahala (balasan) adalah seimbang (setara) dengan besarnya cubaan (bala). Dan sesungguhnya Allah, bila menyukai suatu kaum, Dia akan memberi cubaan kepada mereka. Maka sesiapa yang redha, baginya keredhaan Allah. Dan sesiapa yang marah (tidak dapat menerima cubaan), maka baginya kemurkaan Allah.(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya,saya perlu redha.Syukur kerana ALLAH mengurniakan akak@sahabat dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya ketika saya leka dan membetulkan saya ketika saya salah. Membawa saya mengingati ALLAH ketika saya lupa padaNya.Alhamdulillah. Itu juga nikmat bukan?Nikmat yang tidak ternilai.

5 comments:

  1. salam..tim tam
    hoohoh CAN I LIKE THIS POST??=)
    maaf la x membantu tyme tuh
    kalau kekurangan ape2,bole cakap ye..
    selain cakap kat 'alaikum...>_<
    hihihi

    ReplyDelete
  2. Salam mujahadah buat mujahidah tabah macam Atim..
    Segala dugaan yang Allah hadiahkan untuk kita x lain x bukan, pastinya untuk menguji keimanan kita sebagai seorang hamba.. ujian tu juga Allah x sandarkan selain dari hamba selayaknya dan mampu ditarbiah dengan tarbiah seumpama itu. apapun moga ketabahan milik bersama.!!

    ReplyDelete
  3. slam,
    thnx 4 the rminder tim,
    herm
    btw,
    bleh tak besar sket ayat hadis dlm bhasa arb tu
    tak nmpk la.
    :)
    tq

    ReplyDelete
  4. Salam..
    ana pon hilang gak...
    huhu
    macam2 hilang
    tapi alhamdulillah kad2 penting jumpa balik
    yg pasti peristiwa tu sgt2 mengajar ana

    ReplyDelete
  5. salam team..
    innalillah..
    klu duet hilang, boleh lg nk bersabar & anggap ia kafarah..
    tp, prosedur utk dokumen2 lain yg mmg rumit & mencabar..
    sbnr nyer, situla Allah nk uji ketabahan utk menjalani kerumitan itu..bukan pd duit yg boleh dicari & ditukar ganti..
    be extra-carefull dear ^^

    ReplyDelete