Sunday, December 19, 2010

Mudah bagi hamba yang mahu.

takde apa.cuma rasa nak kongsi satu hadith yang mengusik jiwa kehambaan saya.

Sebuah hadith Qudsi.
Nabi bersabda,Allah berfirman:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Betapa nya sebenarnya persoalan itu kembali pada kita. Mahu dekat dengan Allah atau tidak?

Thursday, December 16, 2010

KAMU FUTUR?

FUTUR.

Sana sini saya dengar perkataan ini.

Kalau tak dengar,saya lihat suasana 'kefuturan' ini sekeliling saya.

Jika tak lihat pun,saya dapat rasakan saya dilanda 'futur' ini.

Pernah satu ketika dahulu,

"futur adalah saat ketika mana kita membuat sesuatu perkara tidak mencapai tahap maksimum yang kita mampu lakukan". hurai Ustaz Wan Yus.

Tapi futur yang saya dengar,lihat dan rasai sendiri bukan sekadar itu. Ianya di luar skop dan malahan lebih jauh dari apa yang digambarkan oleh ustaz wan yusrizal dalam satu tamrin nuqoba' yang saya saja2 ikuti(walaupun bukan naqibah) satu ketika dahulu.

Futur yang dilalui oleh sahabat2 dan saya agak 'parah'.

Sedih saya lihat sahabat2 yang murung,bermuram dan lemah semangat apabila satu demi satu peperiksaan yang kami lalui,terpaksa kami memujuk hati untuk redha dengan natijahnya. Walaupun hakikatnya,redha itu mudah sekali aplikasinya sebagai seorang muslim. Mungkin teorinya begitu,tapi praktikalnya,hanya Allah yang lebih tahu betapa hamba2Nya bermujahadah dengan diri sendiri serta syaitan yang cuba menyuntik sedikit demi sedikit persoalan2 yang membuahkan 'ketidakredhaan' pada kami.

'Mengapa dia dapat tinggi?Mengapa aku tak dapat?"
"Penat,tapi ini je dapat?"
"Sama je study ke tak.Markah teruk jugak"
"Orang lain tak study dpt mrkah lg best dari aku yang study"

Mungkin kalian yang membaca ini musykil dan tidak dapat merasai situasi yang kami sedang lalui ini.

Terasa ingin berhenti dari segalanya. 'Hanya' kerana natijah peperiksaan yang berturut2 berada pada tahap yang melelahkan, yang menghafaz quran mula terasa ingin berhenti sebentar atau lebih teruk lagi, mahu terus berhenti.

Yang dahulunya gemarkan majlis2 ilmu,kalau boleh mahu berkurung sahaja di rumah.Tidak mahu ke mana-mana.

Yang dahulunya bermanis muka berjumpa sahabat-sahabat,kini tiada lagi walau segaris senyuman di bibir mereka.Bukan tidak mahu,tapi benar2 keliru dan berkecamuk.

Sedih bukan?

"Dan jangan lah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" 139:Ali Imran.

Cuma kerana kita manusia,hati ini sentiasa mahu mengetahui segera apakah hikmah di sebalik segalanya.Namun,akal tidak mampu menangkap dan mentafsir hikmah yang Allah beri di sebalik setiap ujian,sehinggalah kita benar2 merasai hikmah tersebut.

Nabi s.a.w juga menangis bila Ibrahim anak lelaki baginda meninggal dunia sehingga baginda s.a.w berkata:

إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن ، وما نقول إلا ما يرضي ربنا

"Sesungguhnya mata telah pun menangis, dan hati ini sungguh-sungguh sedih, tetapi kami tidak akan berkata apa-apa kecuali apa yang diredhai Tuhan kami"
~yakinlah taqdir Allah itulah yg terbaik buat kita..
Wallahua3lam

Sunday, November 21, 2010

stop.

kali kedua deactivate facebook.
rasa2 nya facebook dah terlalu banyak ambil masa saya dalam sehari.

apa nak jadi?
masa yang sepatutnya guna untuk belajar,bukak fb.
masa yang sepatutnya baca quran,dah jd kurang sebab bukak fb.
masa yang sepatutnya tidur awal waktu malam untuk bangun qiamullail, tapi tidur lewat dan tak terbangun qiamullail sebab bukak fb.
masa yang sepatutnya solat sunat banyak sikit,tp gantikan dengan fb.
masa yang sepatutnya keluar ziarah orang,tp terperap je kat umah,rasa lagi best bukak fb.
masa yang sepatutnya pergi majlis ilmu,tp malas n balik umah bukak fb.
masa yang sepatutnya banyakkan istighfar,istighfar kejap padahal dosa tak terkira,pastu bukak fb.
masa yang sepatutnya banyak ingat mati,bila bukak fb jumpa lah satu dua artikel bermanfaat pasal mati lepas tu insaf kejap,pastu terus lupa tak ingat mati.
masa yang sepatutnya muhasabah diri,bukak fb terlupa terus muhasabah ke ape ke,siap pergi stalk orang.
masa yang sepatutnya baca kitab2 agama,tafaqquh fi din, pergi bukak fb lagi.
masa yang sepatutnya pergi solat awal,alah pe salahnye lewat sikit,nak tgok fb jap.
lagi dasyat kalau terlepas solat subuh sebab tidur lewat duk bukak fb or tengok movie.
sekian.
perkara2 di atas mungkin sahaja berlaku.atau dah berlaku? tanya iman kalian.

ini satu perkara yang sangat menyedihkan.
tak lama lagi ajal dah nak tiba.tapi selalu membazir masa ingat dunia,tak ingat akhirat.

Allah berfirman:
"demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman,dan beramal soleh dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran".

surah apa?korang pun tahu. surah al-'asr.

jadi,melihatkan terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku jika saya terus begini, saya deactivate dahulu lah facebook ni.
bimbang juga kalau agenda yahudi dan orang2 kafir lain berjaya meracuni saya.bukan setakat
jadi tak produktif,malahan jauh dari Allah juga.na'udzubillah.

tapi kalian yang berjaya gunakan fb ni sbgai medan dakwah,berkongsi ilmu dan sebagainya, teruskan lah.
saya rasa rugi juga dalam bab tu bila deactivate fb, tp bila kira2 semula berapa banyak sgt yg sy guna untuk perkara2 itu berbanding perkara2 tak bermanfaat lain?
tanya lah iman sendiri.

bimbang juga kalau tengah2 bukak fb tengok2 profile orang lain comment2 kat wall orang tengok2 gambar orang,tiba2 malaikatul maut datang menjemput. husnul khatimah tak agak-agaknya ek?

kalau nak tanya khabar iman kita, tak lari dari beberapa perkara,
"solat malam makin selalu ke tak?"
"quran banyak tak baca?"
"makin selalu sedeqah ke makin kurang?"
"selalu ingat Allah ke makin lalai?"

walaupun ini perkara2 zahir,tapi jangan nafikan hanya orang2 yang imannya 'sihat' sahaja kuat untuk melaksanakannya.

selain tu,
"banyak ke cakap pasal orang a.k.a mengumpat orang sekarang ni?"
"lately,dengki tak bila tengok orang lain lbih sikit dari kita?"
"susah tak nak berlapang dada?"
"selalu tak buat benda2 lagha?(bila buat tu tau tak lagha,tau salah tapi tak berhenti juga?")

walaupun ini perkara2 'biasa',tapi jangan nafikan hanya orang2 yang imannya 'sihat' sahaja kuat untuk menjauhinya.

moga Allah beri kita peringatan bila kita dah terlalai.Bimbang juga kalau terlalai terus tanpa sedar yang kita ni dah jauh sebenarnya dari Allah.

wallahua3lam.
irbid,jordan.
22 Nov 2010.
8.13 a.m.

Saturday, November 20, 2010

Tolonglah jangan.Jangan mengeluh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah satu ketika dulu.
Latar:Kisas
A:B,borang DQ da keluar la.jom la isi.
B:Jom la,at least nanti takde la membazir masa lepas SPM.
B lalu mengisi borang dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah, lalu dipanggil untuk interview.Sekolahnya menghantar lebih kurang satu bas pelajar ke interview DQ ketika itu.

Latar:Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.
Ustaz interview:berapa kali awak khatam quran?
B: ** kali ustaz.
Ustaz: ** kali je?

B diam.Baru menyedari dirinya belum lagi 'gilakan' al-quran,mungkin belum mencapai tahap interviewee lain yang tidak terkira jumlah khatam qurannya.
Selepas interview,
A:B,kalau kau dapat,nak pergi tak?
B:Mestilah.
A:Kalau dapat offer oversea camne?
B:Aku rasa aku terima offer oversea tu kot tapi takpelah, at least dapat la jugak brape juzu' kat sini.

Beberapa bulan berlalu.B tidak menerima sebarang berita dari DQ.Walaupun niat di hati memang ingin 'bermuqim' sebentar sahaja di DQ untuk mengisi masa sebelum mendapat tawaran belajar luar negara,tapi sedikit sebanyak(memang banyak sesangat) kecewa.
Beberapa kali juga menelefon DQ ketika itu.Mahukan pengesahan jika2 nama tersenarai namun terlepas pandang dan surat tidak dipos.Tetapi,memang benar tiada rezeki.Beberapa kali juga berfikir untuk menulis surat rayuan untuk pengambilan kali kedua.Namun, jika telah tercatat di Luh Mahfuz tidak,maka tidaklah jawapannya.

Mungkin kerana niatnya yang hanya mahu 'bermuqim' kemudian cabut lari itu, lantas tidak diizinkan oleh Allah,dan peluang itu diberikan kepada yang lebih berhak.
Terkilan juga di hati B mendengar berita rakan-rakannya yang juga berniat untuk hanya 'Bermuqim' di DQ tapi berjaya diterima.

Segala-galanya belum berakhir.Masa yang ada,B gunakan untuk menghafaz barang satu dua juzu' sepanjang cuti sementara menunggu keputusan SPM dan tawaran universiti. Tapi sukar menghafaz seorang diri.Benar2 sukar.Lalu B berhenti begitu sahaja.Putus asa mungkin.
Namun,perancangan ALLAH Maha Hebat itu hebat.
Rezeki itu ada di mana-mana.B melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Latar:Akademi Tahfiz Az-Zikr.
interviewer:Awak takpe ke kalau semua orang pergi bercuti tapi awak kena duk sini pergi program tahfiz?
B: Takpe ,saya redha.
Interviewer:Kenapa awak tak menghafaz sendiri je?kenapa kena masuk az-zikr?
B:Suasana.Saya dah pernah hafal kat rumah dulu tapi memang susah.Tak ingat sangat yang dah hafal tu.
Interviewer:oh,berapa juzu' hafal?saya cuba tebuk,awak sambung eh.(dia baca ayat juzu' 1)
B:......errr..(tak dapat sambung) dah lama tak mengulang.
Beberapa minggu kemudian, surat diterima.
"Anda diterima menjadi keluarga Az-zikr"

Alhamdulillah.Infiniti syukur.Hebat kan perancangan Allah?
Maka tertulis lah untuk B, bahawa dia akan menghafaz al-quran sambil belajar di luar negara.
Berakhirlah cerita yang mungkin tak best bagi korang ni.Tapi bagi saya sendiri, sejuta kali dikenang pun masih takkan bosan. Kenapa?Sebab B tu adalah saya.

Saya perlu mengingatkan diri saya dengan perkara sebegini.Kalau tidak saya akan mudah terlupa,mengeluh lantas kufur ni3mat yang Allah dah bagi pada saya.
Alangkah malunya saya selaku hamba,telah diberi ni3mat lantas mengeluh pula dengan ni3mat itu.Alangkah malunya saya,selaku hamba, telah diberi ni3mat lantas mensia-siakan ni3mat itu.

Dan Alhamdulillah,Allah telah mentakdirkan yang saya akan menghafaz Al-quran ketika bergelar seorang pelajar pergigian di Jordan University oF Science and Technology, tapi, berapa juzu' yang akan saya hafal?
Semuanya bergantung pada diri saya,keinginan,iman,semangat jihad saya untuk menghafaz Al-Quran. Dan tidak boleh tidak, segala-galanya dalam ketentuan Allah juga.

"Dan tidaklah kamu berada dalam satu urusan dan tidak membaca ayat daripada quran dan tidak melakukan sesuatu amalan kecuali Kami menjadi saksi ketika kamu melakukannya..."yunus:61

Apa yang saya usahakan ketika ini bakal menentukan sama ada kelak apabila saya grad, saya akan menyesal kerana hanya menghafaz beberapa juzu' atau gembira tidak terkata dengan penuh kesyukuran pada Allah, kerana berjaya menghafal 30 juzu',bersama segulung ijazah pergigian.

Memang benar bukan gelaran atau apa yang perlu dikejar,tapi sesiapa pun tidak nafikan bahawa usaha kita pasti dalam pemerhatian Allah,maka bukankah orang yang menghafaz 30 juzu' itu usahanya lebih dari orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?Dan bukankah orang yang menghafaz al-quran kamil itu lebih banyak membaca Al-Quran daripada orang yang menghafaz beberapa juzu' sahaja?

Sifir teori nya begitu.

Walau bagaimanapun, Allah juga yang Maha Tahu apakah yang sebenarnya diusahakan dan sebanyak mana kita membaca Al-Quran.Dan saya tahu,langsung tidak boleh menilai seseorang berdasarkan bilangan juzu' yang dihafaz.Saya sendiri mengakui,jika dulu, lancar sahaja tilawah sebelum mula menghafaz quran.Tapi kini,bacaan Al-quran saya lebih tertumpu kepada mengulang hafazan dan hafazan baru.Moga Allah terima amalan kita.

Namun jauh dari hati saya yang sedang cuba memahatkan Al-Quran dalam jiwa raga saya ini, benar-benar bahawa bukan mudah menghafaz Al-Quran.
Dan kerana itulah saya perlu mengingatkan diri kembali dengan ni3mat yang telah Allah kurniakan pada saya agar apabila saya mengeluh "susahnya menghafaz quran..tak larat dah.. nak berhenti menghafaz..masa banyak habis..susah nak ingat..susah nak jaga hafazan, dan sejuta macam keluhan yang mungkin saja saya keluhkan, segera saya pohon agar Allah berikan petunjuk dan panduan untuk hati saya terus thabat dalam medan jihad yang bukan picisan ini.

"Dan tidaklah mereka berinfak dengan infak yang kecil atau besar dan tidak pula mereka merentasi lembah kecuali ditulis apa yang mereka lakukan supaya mereka dapat diberi ganjaran oleh Allah lebih baik daripada apa yang mereka lakukan." At-Taubah:121

Lalu,hati-hati yang sedang berjihad menghafaz Al-Quran,mari kita pujuk hati kita dari mengeluh.Setiap huruf dari kalimah dari ayat dari surah al-quran yang cuba kita hafaz itu,pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabat di kalangan manusia.Lalu mereka bertanya: siapakah mereka ya Rasulullah?Jawab Baginda:Mereka adalah ahli Al-Quran,merekalah kerabat Allah(Ahlullah) dan orang-orang pilihanNya."H.R Ibnu Majah

Dan berbanggalah kita. Kerana apa?Jika pun tidak mampu dan tidak layak untuk menjadi ahlullah tersebut, sekurang-kurangnya telah ada usaha kita untuk tergolong dalam golongan tersebut dan mudah-mudahan, benar-benar kita tergolong menjadi ahlullah dengan menjadi ahli al-quran.

Jauh dari sudut hati saya,memang saya perlukan kalian,keluarga yang mana apabila saya mengeluh "Ya Allah,susahnya menghafaz Al-Quran",di saat orang lain memandang pelik akan keluhan seperti itu, hanya hati-hati yang bersama saya dalam medan jihad ini sahaja yang memahami.

Wallahua3lam.
Irbid,Jordan.
20 Nov 2010.
8.14 malam.

Tuesday, September 7, 2010

lajunya 2 rakaat kakteh?

Satu malam sy dengar dan betulkan yan ngaji.
Lepas habis baca,saya diam.Sedikit puas hati mendengar bacaan yan,tak berapa lancar tapi makhraj dan tajwid nya overall ok.Tapi sgt2 banyak lagi perlu diperbaiki.(sy pun berjuta jugak nak kena betulkan)
Walaupun sedikit pelik bacaan dia,tapi saya diamkan aje.Saya betulkan makhraj Zho dan sikit2 huruf yang memang kebiasaannya orang malaysia salah.Lepas yan baca satu page,saya pulak cakap kat yan 'yan,tlg betulkan kakteh bace pulak'.saya pun bce satu page.
Lepas tu dah lama sikit,yan kata.
"kakteh,kenapa kakteh baca laju komain(bukan main)?"
sy:"laju?ye ke?"sy sengih je
yan:"kakteh punya 2 rakaat laju betul!kalu cikgu yan dah marah da laju sangat mcm tu"
saya pun fikir,bila masa pulak saya solat laju2 ni?(wallahua3lam la kalu mmg laju)
sy:"ye ek?laju?2 rakaat?"
yan:kakteh bce laju."
sy:lorr...harakat la,bukan rakaat.....(sambil gelak2)
yan:bile masa pulak yan kata rakaat?yan kata harakat laa"(sheikh yan ala2 malu,nak cover)
saya diam je lah.mengiyakan kononnye.
Memang dari awal lg saya dgr,yan punya 2 harakat tu panjang sesgt.Tu la yg sy pelik dri awal.apesal yan bce panjang semacam,lebih dri enam harakat dah.
yan kata,cikgu dia buat tangan gerak2 wktu bce 2 harakat(smbil tunjuk sume jari dia tutup satu demi satu)
sy:"2 jari jelah yan"
yan:"cikgu yan buat cmni,(sume jari dia guna utk kire 2 harakat.)
patut lah lame.pelik.agaknya yan terlupe ke tersalah tengok cikgu dia buat.

Malaysia?Bersyukurlah.

Saya kini di Malaysia.Tinggal 13 Hari berbaki untuk pulang ke Jordan.
Masih ada 4 tahun untuk terus berjuang,mengutip mutiara2 bumi anbiya'.InsyaALLAH.
Sebelum pulang ke Malaysia,ketika membeli tiket dan detik2 terakhir sebelum pulang ke Malaysia, saya merasakan konflik yang begitu besar dalam diri.Dan ia berterusan sehingga saya tiba di Malaysia, beberapa hari terawal saya berada di Malaysia.
Segala2nya masih samar2.Saya buntu,apakah menghabiskan cuti 3 minggu ini,berada di Jordan atau di Malaysia adalah lebih bermakna?Saya bimbang jika saya pulang ke Malaysia, banyak perkara yang saya akan terlepas,terlalu banyak.
Namun tiket Royal Jordanian telah pun dibeli.570 JD.
Dan konflik ini terus melanda sehingga saya tiba di Malaysia.Saya bimbang,gelisah,takut.
Kalau2 cuti ini,akan terbuang begitu sahaja tanpa manfaat untuk diri saya.
Tapi kini,tidak layak rasanya untuk hanya mengucap Alhamdulillah atas infiniti ni3mat Allah,atas gerak hati yang Allah kurniakn pada saya yang akhirnya menyebabkan saya pulang juga ke Malaysia.
Sibuk dengan misi2 saya,saya terlupa yang sebenarnya banyak perkara yang saya terlepas pandang.
Saya terlepas pandang beberapa perkara dalam keluarga.Saya terlupa bahawa saya ada adik2 yang masih perlu dididik,saya terlupa banyak perkara dalam keluarga yang masih belum selesai.Saya benar2 terlupa,mungkin kerana saya memandang remeh perkara ini,hanya pada Allah saya beristighfar.
Bila saya melalui hari2 bersama keluarga,seolah2 Allah telah memberikan nikmat tak tergambar pada saya.Alhamdulillah.Saya terfikir,betapa sering mengejar hasanah untuk diri sendiri,tanpa mempedulikan orang lain.Tidak sayangkah pada mereka?Mahu masuk syurga seorang diri?
Sedikit demi sedikit saya cuba mendidik adik perempuan saya kini di tingkatan dua.Kalau dulu,pertengkaran jadi makanan harian kami,tapi kini dia sudah dapat menerima bebelan dan nasihat saya dalam nada yang tidak serius.Dia sudah mula memerhati segala apa yang saya lakukan,dan mula lembut hati untuk mengikutinya.Itulah hidayah Allah.
Adik saya yang bongsu pula,yan,juga cuba untuk saya dekati.Memang dia manja dengan kaktehnya ni.Sambil2 main congkak dengan dia,saya suruh dia ngaji.Sambil2 ngaji,saya betulkan makhraj dia.Tapi dia tak boleh sebut huruf ha(7) lagi.Moga Allah permudahkan.Banyak lagi yang perlu dia pelajari,jauh lagi perjalanan.Sambil main2 kucing dan kura2,saya sibuk bercerita pelbagai perkara pada yan.
Segala2nya terasa indah.Alhamdulillah.Moga Allah terus menjaga hati kami dengan hidayah milik Nya,hingga kelak berkumpul lagi kami di syurga.
Dan kini saya masih berusaha menerapkan bberapa perkara dalam keluarga,InsyaALLAH.
Terasa menjalar ketenangan kurniaan Allah dalam hati.Jadual mengulang dan target menghafaz saya pun masih cuba untuk saya ikuti.Alhamdulillah,MashaAllah.Moga Allah beri kemudahan dan kelapangan hati untuk menghafal.
Terima kasih buat semua sahabat yang memberi nasihat,membantu saya menguatkan hati ini.
Benarlah,ketenangan dan rahmat Allah akan meliputi hambanya tidak kira di mana kita berada.
Bukan lah orang sekeliling dan bukan jua tempat yang menentukan segalanya,tapi ketenangan, hidayah dan keberkatan milik Allah itu pasti akan dikurniakan buat hamba2 yang meminta, yang mencari.Wallahua3lam.
credit to:1.Ukhti nurul syahida ishak(dah grad dah akak..teruskan perjuangan kat malaysia pulak! syukran 4 everything.sy mmg perlu nasihat dari sheikhah sy!)
2.Ukhti munirah mohd nor(bittawfiq!syukran atas nasihat k.mun)
3.Ukhti raihana nazri(kuatkan hati di jordan.kerja Islam,kheir insyaALLAH)
dan kengkawan lain.

Buat Rai,farhan, teruskan TABAH bersama SKUAD TABAH.nnt ada rezeki,kita jaulah sesama lagi ye.gi morocco pulak ke.turkey ke.
Untuk kak syi,baju raya yang mak kak shie dah buat tu,hadiah untuk kak shie.heheh.

Tuesday, August 31, 2010

Seribu Rasa

Satu pagi di Malaysia.Kesayuan yang tak tergambar oleh kata-kata.Lama sudah tak terasa kesayuan sebegini.Mungkin saya sakit sebenarnya.Zahir?Batin?Mungkin jiwa.Atau hati.Terasa berat semuanya,tanggungan ini.Walaupun zahirnya seorang diri,tapi pasti Allah menemani.Panjang,sukar helaan nafas setelah segalanya berlalu.Namun masa takkan kembali lagi.Tidak ada guna lagi disesali,ditangisi.

Dengan kesayuan dan kesedihan ini,saya cuba mencari kekuatan. Menyedari bahawa saya ada Al-Quran untuk menjadi tempat melapangkan segala kesedihan,kelelahan,kesayuan, kegusaran, kegelisahan dan sejuta keluh kesahnya hati yang Allah campakkan.

Apabila sedih,peluklah Al-quran.

“9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..” Dipetik dari yahoo group at_zikr oleh seorang hamalatul quran dari DQ.

Syukur pada Tuhan.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Moga hati ini dilapangkan oleh Allah.Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ruah menyelinap dan mencipta ketenangan dalam jiwa.

“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).

Hati ini perlu sentiasa basah dengan zikrullah,perlu yakin dengan janji Allah.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya.. maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu (Al Fajr 27-30)

Penat,sedih,letih,lelah,resah dan gelisah,pada Allah jua segalanya saya kembalikan.Kerana Allah pemilik perasaan malahan Pencipta segalanya.Tidak perlu diluahkan,sudahpun difahami oleh Tuhan.

Maha Suci Allah.Indah sekali menjadi hambaNya.